Google Search :

google search:
Google

Tuesday, May 24, 2016

RATIB UG TERUS DIJAJA, SUDAH-SUDAHLAH!

Alhamdulillah. Semalam Mesyuarat AJK PAS Pusat Kali Ke-12 untuk sesi 2015-2017 dan saya adalah Ahli Mesyuarat. Saya hadir dan berpartisipasi hampir kesemua mesyuarat.

Saya sahkan pendirian PAS ialah tidak bergabung dengan Umno-BN bahkan kita akan terus konsisten menegak keadilan dan menentang kezaliman serta memperjuangkan siasah Islamiyah. Bahkan inilah pendirian kita dalam semua mesyuarat.

Apa yang kita seru dan mahu ialah semua pihak termasuk Ikatan, Umno, PKR, PBB, DAP, PAN, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PRS, SPDP, SUPP, PBS, PCM dan semua parti politik, NGO dan rakyat Malaysia bersama PAS membangun Malaysia ke arah wujudnya masyarakat dan pemerintahan yang ada padanya nilai-nilai hidup Islam. Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur.

Apa yang pasti, PAS akan mengatakan yang benar itu benar dan menyebut yang salah itu salah. PAS akan mengiyakan yang benar dan menidakkan yang bukan. Kita akan menyokong keadilan dan menentang kezaliman tidak kira siapa jua pelakunya. Dan prinsip yang sihat inilah yang kita akan pegang utuh dalam semua tindakan dan keputusan politik tanpa ada piawaian berbeza (double standard).

Kesian kepada PAN yang sudah habis hujah menjustifikasikan kewujudannya, dan DAP yang tidak kunjung padam dendam kesumatnya terhadap PAS. Saban hari terus meratib UG dan memburuk-burukkan PAS dengan kononnya PAS ingin bergabung dengan Umno-BN. Hakikatnya PAN dan DAP tidak mahu (bahkan bimbang) PAS menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar!

Sekalipun benci, berlaku adillah. Itu lebih hampir kepada taqwa!

Wallahu a'lam bissawab.

FB Muhtar Suhaili As-Sarawaki

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"