Google Search :

google search:
Google

Thursday, May 19, 2016

Hizbul Muslimin

PERAK adalah negeri yg tertubuhnya Hizbul Muslimin pada tahun 1948 di Maahad Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol. Di sini jugalah pd tahun 1955, PAS mula mengenal erti demokrasi pilihan raya setelah wakil rakyat pertama dari PAS iaitu Tuan Guru Hj Ahmad B Tuan Hussein yg bertanding di Krian telah dipilih menerusi Pilihanraya pertama untuk Kerusi majlis Undangan Persekutuan. Seterusnya, di Negeri Perak ini jugalah Dewan Ulama PAS telah ditubuhkan secara rasmi di Batu 20, Bagan datoh pada tahun 1957.

Sejak Dr PAS mula bertapak, hinggalah ke hari ini selama lebih 60thn sejarah perjuangan PAS, maka kita menyaksikan bahawa PAS masih utuh & teguh, walaupun berhadapan dgn pelbagai jenis cabaran & tribulasi yg sentiasa mendatang. PAS tidak pernah mengalah utk terus berjuang menerusi lunas demokrasi yg ada di dlm negara kita walaupun dikepung dr pelbagai sudut akta2 yg menzalimi kehidupan masyarakat & bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat.

Marilah kita bersama-sama terus memperteguhkan & memacu jamaah kita utk berhadapan dgn pelbagai jenis cabaran yg akan sentiasa ada di hadapan kita.Pelbagai ujian pula akan mendatang dr segenap sudut perjalananperjuangan sehingga ke hari kiamat. Marilah juga kita sama2 mengikhlaskanniat & amal perbuatan kita semata2 krn Allah utk melaksanakan tugas & amanah yg amat berat di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"