Google Search :

google search:
Google

Tuesday, May 31, 2016

PENJELASAN MENGENAI PINDAAN 355

Oleh DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Saya telah mengemukakan usul mengikut perkara 49(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen, Usul Persendirian. Usul yang berkait dengan Rang Undang-Undang. Mengikut peraturannya dibolehkan usul ini dibawa dengan syarat-syarat yang saya terangkan kemudian.

Pertama usul ini untuk menjelaskan lagi Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3: Islam adalah Agama Persekutuan. Pada masa yang sama agama lain bebas, di sana masih banyak perkara-perkara yang tidak bebas bagi orang Islam. Bagaimana agama lain bebas, Islam tak bebas?

Islam agama Persekutuan. Di antaranya ialah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Usul saya ialah berkait dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang pada hari ini lebih rendah daripada Mahkamah Majistret. Tidak wajar Islam agama yang tinggi, agama persekutuan, Mahkamah Syariah yang berkait dengan orang Islam, rendah daripada Mahkamah Majistret.

Dengan sebab itu, saya kemukakan usul ini supaya kita naikkan bidang Mahkamah Syariah dengan meminda Jadual 9, 355 Perlembagaan, yang boleh dibuat secara ‘simple majority’, bukan dua pertiga majoriti, ‘simple majority’, majoriti mudah, dengan lebih satu undi yang ada dalam Parlimen, bukan dua pertiga.

Berkait dengan Jadual itu, bukan benda asas dalam Perlembagaan, maka dikemukakan mengikut peraturan. Sebenarnya saya pernah kemuka tahun 1995. (Tahun) 1995 saya kemukakan dua kali pada masa itu dan dalam penggal ini sudah dikemukakan dulu.

Oleh kerana usul ini mengikut ‘Standing Order’ Parlimen mestilah terlebih dahulu diusulkan oleh seorang Menteri Kabinet, syarat dia begitu. Seorang Menteri Kabinet mengusulkan supaya ahli Yang Berhormat daripada Marang mengemukakan usulnya, syaratnya begitu.

Kena ada sokongan. Bila ada Menteri Kabinet yang bawa usul ini, maka saya boleh bawa usul. Bawa usul, belum lagi dibahas, itu dulu.

Dan kita telah mengadakan rundingan. Oleh kerana dulu gagal, kita buat rundingan melalui Kerajaan Negeri Kelantan, melalui proses perundingan Kerajaan dengan Kerajaan. Dirundingkan kerana perubahan ini bukan sahaja memerlukan Parlimen, termasuklah rundingan, Menteri buat rundingan, sehingga pihak pengamal undang-undang, termasuklah Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara terlibat dalam perbincangan ini.

Dan akhirnya, bersetuju ini tanggung jawab orang Islam, tak ada kena mengena orang bukan Islam. Tanggung jawab orang Islam tanpa mengira parti politik, tanpa mengira fahaman politik. Kewajipan orang Islam mesti mengangkatkan kedudukan agama mereka sendiri.

Dalam usul ini pun ada menyebut berkait dengan orang Islam sahaja. Saya baca, saya baca ini:

“Bahawa Dewan ini membenarkan, memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Marang untuk mencadangkan satu Rang Undang-undang Ahli Persendirian, bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah, Mahkamah Syariah, Bidangkuasa Jenayah Pindaan 2016 seperti berikut:
1. Menggantikan Seksyen 2 dengan Seksyen berikut:
1: Menurut Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seorang penganut agama Islam, agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam butiran 1 senarai negeri di bawah ke-9 di bawah Undang-Undang Persekutuan. Dan
2. Memasukkan selepas Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
2(a) Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah, berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh Undang-Undang Syariat, berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain daripada hukuman mati. "

Hukuman mati tak boleh, itu pun kalau dijatuhkan hukuman mati, sekadar itu sahaja. Hukuman mati memerlukan majoriti dua pertiga. Dengan sebab itu kita ambil yang majoriti mudah dahulu. Maka, ini orang Islam sahaja.

Di mana, kita berunding dan mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen yang menganut agama Islam sebagai tanggung jawab agama. Ini bukan kerana parti, kerana apa, tidak. Tanggung jawab agama orang Islam. Maka akhirnya kita berhasil. Dan kita tak mahu pihak agama lain terlibat sama dalam perbahasan ini. Biar orang Islamlah bincang.

Perlembagaan telah mengatakan Mahkamah Syariah tak boleh hukum orang bukan Islam, sudah ada. Itu memerlukan dua pertiga, ini orang Islam sahaja dan akhirnya dibenarkan saya bawa usul ini. Dengan sebab itu semalam saya bawa usul dan lulus peringkat yang pertama. Dibacakan dalam pertama, belum lagi diundi.

Diundi secara belah bahagi, boleh undi, dengan speaker tanya boleh? Secara tanya boleh dibuat untuk bacaan kali pertama, itu speaker dah buat. Dan speaker mengikut peraturan Parlimen.

Kemudian saya bacakan kali yang kedua, mesyuarat yang akan datang. Ini barulah ada perbahasan. Perbahasan ini barulah kita akan dapat dengar penjelasan-penjelasan daripada kami.

Dan kami merasa kesal kerana DAP menunjukkan sikap yang anti Islam, terang-terang saya sebut, anti Islam, nak bermusuh dengan orang Islam, tak beradap dengan orang Islam. MCA, GERAKAN, MIC, banyak parti-parti bukan Islam tak setuju, tapi ada adab dia, ada adab dia. DAP ini tak tunjuk adab dia. Dia melenting dan terus menentang dalam perkara yang berkait dengan orang Islam, tak berkait dengan dia pun.

Saya rasa kesal dengan PAN yang digunakan oleh DAP, ini orang Islam pula yang telah melanggar sempadan agama dia sendiri demi kepentingan politik. Jadi itulah penjelasan saya. Ada apa-apa soalan?

Wartawan 1
Dato' Seri, ini banyak ada pihak yang mengatakan bahawa, tiba-tiba benda ini dibawa dalam masa Pilihan Raya Kecil yang akan berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi,  ‘political gimic’ .....yang akan dibibitkan selepas pilihanraya.

Tuan Guru: Kalau gimik politik ini patutnya menakutkan PAS, kerana orang bukan Islam tak undi PAS. Kalau gimik politik la. Kena baca secara negatif bukan positif. Menunjukkan keterbukaan kita terhadap orang bukan Islam. Dan kita perlu memberi penjelasan, tak berkait dengan pilihan raya. Dan saya nak sebut tadi, kita dah pernah bentang tahun 1995, dan kali yang, Parlimen yang dahulu pun sudah dibenarkan. Kemudian, saya nak sebut lagi Titah Agong. Agong menyebut dalam titahnya, persidangan Dewan baru-baru ini supaya menaikkan Mahkamah Syariah. Agong sebut dalam titah ucapannya, menaikkan taraf Mahkamah Syariah. Saya lupa nak sebut dalam ucapan awal saya tadi.

Wartawan 2
Dato' Seri, adakah ini merupakan satu bentuk kerjasama antara PAS dengan Umno?

Tuan Guru: Kerjasama dalam perkara yang baik. PAS tidak masuk Barisan Nasional. Kita kerjasama dalam perkara yang baik dan nak menunjukkan proses demokrasi yang betul. Demokrasi yang kita tidak, kata orang membuta tuli, semua kita lawan belaka, semua, sampai semua. Ada yang betul kita sokong, kita kerjasama. Yang tak betul kita lawan. Ini proses. Ini termasuk dalam Budaya Politik Matang yang kita nak tunjukkan. Ya.


Wartawan 3
Dato' Seri, dengan kata lain, maknanya PAS tidak akan tunduk kepada desakan dan bantahan daripada DAP itu sendiri?

Tuan Guru: Dan kita telah tidak tunduk. Telah tidak tunduk. Dan kita sudah berbincang dengan DAP beberapa kali dalam isu undang-undang jenayah syariah. Dan beberapa tahun yang lalu, kita sudah membuat keputusan, kita bersetuju untuk DAP tidak bersetuju. Dan menjadi hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengemukakan apa-apa yang ada di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Itu persetujuan telah dibuat, bertulis, saya boleh dedah balik, di ‘sign’ (tandatangan) oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada masa itu. Kita dah ‘sign’ dengan sebab itu hak dia ah dia tak bersetuju. Jadi masalahnya mengapa dia campur urusan orang Islam? Itu saya nak tanya. Campur urusan orang Islam dia ada adablah.

Wartawan 4
Jadi banyak DAP ini melakukan yang bukan Islam terhadap.... So, jadi, Dato' Seri nak laksanakan balik .... Sebab benda ini hanya untuk orang Islam sahaja. So, sense of a kedua-dua, dua-dua undang-undang yang berbeza.

Tuan Guru: Kita telah mengadakan dialog dengan orang bukan Islam dan berlaku secara yang sangat positif. Yang terkini secara praktikal di Acheh, ini bukan Mahkamah Syariah, Undang-undang di Acheh. Dia takut pada undang-undang ini bukan Mahkamah Syariah. Ini Mahkamah Syariah bukan undang-undang. Undang-undang tak sampai lagi. Dia dah daripada awal dah sekat ini tak betul. Ini, kita nak menaikkan taraf Mahkamah Syariah. Undang-undang di Acheh. Bila ada hukuman Takzir mengikut undang-undang Syariah di Acheh, orang bukan Islam diberi pilih, antara Takzir dengan hukum undang-undang yang ada pada hari ini. Undang-undang yang ada pada hari ini ialah hukum penjara, kita tak boleh nak buat pembetulan. Undang-undang Takzir, disebat 20 ke berapa puluh saya tak ingat, sebat. Bila dia tahu sebat Islam ni macam sebat cikgu sekolah, tak boleh pecah kulit, tak boleh mencederakan, tak boleh, cuma di tengah khalayak untuk mendidik masyarakat. Orang bukan Islam di Acheh yang saya dilaporkan, awak nak mana undang-undang ini? Dia pilih undang-undang Islam . Kerana dia sekejap sahaja, kena sebat macam murid sekolah, lepas itu boleh keluar. Kena penjara lama. Apa takutnya? Ini satu gimik politik DAP untuk pilihan raya sebenarnya. Dia (gimik) untuk pilihan raya bukan kita, untuk pilihan raya. DAP untuk pilihan raya, dan biar dia sokong PAN. Ataupun DAP bertanding ataupun biar PAN bertanding bagi pihak DAP.

Wartawan 5
Dato' Seri, nak tanya sikit. Semalam, Dato' Husam dia kata dia hantar surat kepada Dato' Seri mengenai pemecatan, tarik balik pemecatan beliau sebagai ahli PAS?

Tuan Guru: Saya belum terima surat lagi, saya kena tengok surat dululah.

Wartawan 5
Tapi Dato' Seri... itu dia terima tak?

Tuan Guru: Itu saya kena baca dulu surat dia.

Wartawan 5
Ada kemungkinan tentang ...?

Tuan Guru: Kemungkinan itu benda satu andaian yang saya tak boleh nak buat. Tengok surat dia dulu apa isi surat dia. Memang sebarang tindakan disiplin yang berkait dengan pemecatan, digantung, boleh dibuat rayuan kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bukan kepada saya, bukan kepada saya, kepada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Tak apalah, kalau dia nak tulis surat kepada saya pun tak apa.

Wartawan 5
Dato' Seri, beliau mendakwa, pemecatan itu....

Tuan Guru: Itu dakwaan dia, di mana mereka yang jadi Jawatankuasa Disiplin ini di kalangan ilmuwan, bukan sebarangan orang yang sebahagian besarnya PhD, taraf dapat PhD. Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Dr Sufian (dan) lagi beberapa orang lagi, itu yang merupakan orang yang bukan daripada kalangan Jawatankuasa PAS Pusat. Itu menunjukkan kebebasan dan ketelusan disiplin.

Wartawan 6
Dato' Seri, satu lagi.  .......... ahli PAS menarik diri daripada bertanding untuk dua kerusi Pilihan Raya Kuala Kangsar dan Sungai Besar?

Tuan Guru: Saya bersetuju kalau dia bertanding, biar dia bertanding, dia bertanding di situ. Kita tetap bertanding. Kalau dia bertanding lebih baik. Atas nama PAN ke, atas nama DAP ke, lebih baik. Masuklah.

Wartawan 7
Dato' Seri, memang tak ada peluang untuk berunding bahawa PAS dengan Pakatan Harapan untuk bertanding kedua-dua kerusi? Maksudnya tak ada....

Tuan Guru: Pakatan Harapan ini, orang yang kita anggap sebagai khianat kepada PAS. Antaranya dalam isu kanun jenayah ini. Dalam isu usul ini. Di mana mereka mengatakan kalau 76A mereka tak boleh terima, itu majoriti dua pertiga. Kalau 355 kita bawa usul ini, tak jadi masalah. Ini mereka sebut di hadapan saya sebelum mahkamah. Tapi bila rakan dia DAP tak setuju dia ikut DAP, senang sahaja, saya dedahkan di sini.

Wartawan 7
Jadi memang tak ada perundingan dengan mereka tentang kerusi Kuala Kangsar dengan Sungai Besar, bahawa sesiapa yang akan bertanding?

Tuan Guru: Itu kalau ibarat orang meninggal dunia, nyawa sampai ke halkum, dan dia sudah dekat sini. Sebab itu sudah diputuskan daripada awal, sejak awal. Saya tak mahu, nak sebut sedia kala itu teruk sangat. Sejak awal ini kawasan PAS bertanding, orang tak mahu bertanding di situ, takut nak bertanding. Jadi, kita dah bertanding berapa kali di situ? Kadang-kadang meningkatkan undi. Mereka akan undi sehingga sampai ke peringkat Kuala Kangsar daripada 7,000 jadi 1,000 (majoriti undi). Yang Sungai Besar itu sampai kepada 399 (majoriti undi) turun undi kerana di situ ada 20 Cawangan PAS di Sungai Besar, 20 cawangan. Kita tanya PKR, berapa cawangan dia? Tak diberitahu cawangan dia berapa. Kita ada senarai ahli kita. Dia tak beritahu ahli dia banyak mana. Jadi, kalau atas asas nak suruh orang PAS bekerja bagi pihak dia, ini jentera-jentera PAS tak boleh terima, kerana terang-terang saya sebut banyak kawasan pilihan raya, kita beri kepada rakan kita ini. Dia masa pilihan raya dia datang, lepas pilihan raya dia tak datang. Jadi orang PAS yang bekerja. Sudah beberapa kali pilihan raya orang PAS yang bekerja kuat. Orang PAS bekerja sepanjang masa. Bila mari pilihan raya dia datang nak kekuatan. Ini bukan Sungai Besar dengan Kuala Kangsar saja, kawasan lain begitu juga. PAS sudah banyak, banyak, nak kata ehsan, tak boleh bertanding dah, beri kawasan-kawasan untuk bertanding.Ya.


Wartawan 8
Sekiranya Pakatan Harapan menentang pakatan yang kita harapkan ini akan menjelas akan peluang memandang PAS lebih tua .....

Tuan Guru: Kita tidak memberi apa-apa harapan kepada ...... Kita yakin dengan kekuatan kita sendiri. Ini parti yang baru nak bertunas. Kita dah berakar umbi dah bertunjang di situ.Ya.

Wartawan 9
Ada something ....

Tuan Guru: Akan diumumkan malam ini. Malam ini, saya akan umum di Sungai Besar. Dato' Tuan Ibrahim akan umumkan di Kuala Kangsar. Senarainya 4 orang. 4 orang calon, senarai dia.

Wartawan 10
Calon selain di kawasan itu ke atau di kawasan yang bertanding itu?

Tuan Guru: Saya difahamkan begitu. Dan insya-Allah saya akan lihat petang ini. Petang ini saya akan ke Kuala Lumpur untuk melihat keputusan akhir yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan perbincangan mereka dengan Negeri dan kawasan-kawasan. Cumanya, semua calon-calon ini diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak, Majlis Syura Ulamak meluluskan calon-calon ini.

Wartawan 11
Dato' Seri, nak raih undi bukan Melayu macam mana?

Tuan Guru: Undi bukan Melayu kita ada Dewan Himpunan. Kita ada Dewan Himpunan, penyokong-penyokong PAS di kalangan bukan Islam. Kalau di Perak itu ada bekas Adun DAP, dia dah masuk Dewan Himpunan kita, yang ada pengaruh dia, kaum India ada, Dewan Himpunan. Dan mereka dah turun, saya difahamkan mereka dah turun. Dan undi di Sarawak memberi isyarat. Memberi isyarat kepada kita bahawa bukan semua undi kaum Cina mengundi DAP, bukan Cina DAP, tidak. Kita tak boleh hukum orang Cina dengan sikap-sikap DAP, tak boleh. Orang Cina bukan semua macam DAP. Tidak.

(*Terdapat perkataan tidak dapat dikenalpasti kerana kualiti rakaman audio. **Susun atur huruf dan suntingan oleh Wartawan Harakah, Izwan Abdul Halim dari sidang media Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang, Terengganu pada Jumaat, 27 Mei 2016)

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"