Google Search :

google search:
Google

Sunday, May 29, 2016

Saya menyokong penuh pencalonan Dr Najiha sebagai calon PAS PRK P067 Kuala Kangsar

KENYATAAN MEDIA

Alhamdulillah Timbalan Presiden PAS Ust. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat pengumuman yang dinantikan oleh banyak pihak malam tadi telah menjawab teka-teki siapakah calon bagi mewakili PAS bagi P067 Kuala Kangsar.

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen  Kuala Kangsar yang diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

1. Dengan ini saya menegaskan bahawa saya menyokong penuh dan menerima keputusan Majlis Syura Ulamak dan  kepimpinan PAS Pusat . Tentunya keputusan ini adalah mengambil kira pelbagai kepentingan bagi memastikan PAS dapat mencipta sejarah dengan mendapat kemenangan yang selama ini diimpikan oleh ahli dan penyokong PAS di Kuala Kangsar dan seluruh negara

2. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, calon BN hanya memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan saya dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Saya melihat pencalonan Dr. Najihatussalehah Ahmad akan melonjakkan lagi sokongan semua pihak kepada PAS dan beliau mampu mencipta satu kejutan di Kuala Kangsar.

3. Saya akan berada dalam jentera kempen dan akan berkerja keras sesuai dengan tugas yang telah diamanahkan bagi memastikan kemenangan untuk calon PAS.

4. Sehubungan dengan itu saya menyeru seluruh jentera PAS untuk berganding bahu bagi menjaya segala bentuk kempen yang sedang dan akan di atur.

5.Khususnya bagi jentera di peringkat Unit Peti Undi (UPU) saya berharap mereka dapat menunjukkan prestasi kerja yang terbaik sebagaimana yang telah mereka berikan kepada usaha kempen saya sebagai calon PAS dalam PRU ke 13 yang lepas.

6.Apa lagi dengan bantuan dari petugas luar yang gigih dari negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis , Pulau Pinang dan Sarawak tentunya memberi nilai tambah yang sangat besar nilainya.

7. Selepas kita berusaha dengan gigih jangan kita lupa kebergantungan dengan kita memanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya menurunkah rahmatnya sehingga kita dapat mencapai kemenangan yang diimpikan. Seluruh ahli dan petugas PAS hendaklah sentiasa mendekàtkan diri kepada Allah dengan melazimi solat berjemah dan melakukan amal maaruf dan nahyi mungkar .

8. Jauh sekali untuk menjadi sebahagian dari mereka yang suka menyuburkan budaya fitnah dan umpatan yang menghapuskan segala amalan baik yang dilakukan.

Aamin Ya Rabbal Alamin..

Dato' Drs. Khalil Idham Lim
Mantan Calon PAS Kuala Kangsar PRU 13/2013

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"