Google Search :

google search:
Google

Sunday, May 15, 2016

PRK P.067 KUALA KANGSAR

Kenyataan Media
Majlis Pimpinan Negeri Perak
Parti Keadilan Rakyat
Sabtu 14 Mei 2016

PRK P.067 KUALA KANGSAR

1. Biro Politik Khas MPN Perak malam tadi telah selesai bermesyuarat khusus bagi membincangkan isu berkenaan PRK P.067 Kuala Kangsar.

2. MPN Perak bersetuju sebulat suara dan akan memastikan hanya pertandingan SATU LAWAN SATU untuk menentang Umno-BN.

3. MPN Perak menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil pertimbangan yang serius berkenaan faktor-faktor kemenangan dari pelbagai sudut sebelum membuat sebarang keputusan.

4. MPN Perak juga menyeru semua pihak berlapang dada dan berjiwa besar serta memahami dengan mendalam aspirasi rakyat yang begitu kecewa sekiranya parti-parti pembangkang berpecah.

5. PRU-13 majoriti pengundi telah menolak Barisan Nasional. Rakyat telah memberi mesej yang jelas supaya PM Najib Razak berundur dan menyeru reformasi sistem politik secara total, ekonomi dan sosial di negara ini.

6. Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak sedia menggerakkan jentera pilihanraya di semua Peti Undi di Parlimen Kuala Kangsar bagi memastikan kemenangan rakyat dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Sekian. Terima kasih

YB Dr. Muhammad Nur Manuty
Pengerusi Majlis Pimpinan
Negeri Perak

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"