Google Search :

google search:
Google

Sunday, May 29, 2016

RUU hudud: Presiden MIC pula mahu letak jawatan Kabinet

May 29, 2016 Berita Utama,

Utama 0

SUBANG JAYA, Ahad – Presiden MIC hari ini menyatakan kesediaannya meletak jawatan daripada pentadbiran kerajaan, – mengikut jejak langkah MCA, Gerakan dan SUPP – jika semua usaha mereka menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan dan negeri lain, menemui jalan buntu.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata, beliau akan membangkitkan mengenai pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Malah, beliau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penjelasan lanjut mengenai RUU berkaitan Mahkamah Syariah yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Beliau menekankan bahawa pembentangan RUU Persendirian itu bakal membuka jalan bagi perlaksanaan hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.

“Jika selepas semua usaha kami, hudud masih dilaksanakan, saya akan meletakkan jawatan dalam kerajaan,” katanya pada mesyuarat luar biasa (EGM) MIC, hari ini.

Mesyuarat itu dicemari kekacauan apabila penyokong bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel cuba untuk menyertainya, tetapi dihalang.

Subramaniam berkata, MIC dan beberapa komponen Barisan Nasional (BN) lain termasuk, MCA, Gerakan dan Parti Bersatu Sarawak (SUPP) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

“Perbicangan bertujuan mancari kata sepakat bersama komponen BN lain mengenai isu ini, selain pendirian kepada kerajaan berhubung kebimbangan kami jika hudud dilaksanakan.

“Berdasarkan kajian kita, RUU itu seolah-olah menjurus kepada pelaksanaan hudud dan kita tidak mahu hudud dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong serta Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"