Google Search :

google search:
Google

Thursday, June 30, 2016

Akta 355 : Hanya perlu sokongan 112 MP

KOTA BHARU :

Sejak 1984 lagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia memperjuang supaya Mahkamah Syariah di negara ini dinaik taraf, selepas 32 tahun tiada pindaan dilakukan.

Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata tiada pindaan dilakukan bagi meningkatkan taraf mahkamah tersebut dalam tempoh begitu lama.

“Bukan lagi soal tergesa-gesa seperti disebut setengah-tengah pihak. Sebab itulah pindaan yang diusahakan di Kelantan perlu disokong semua pihak.

“Usaha membuat pindaan Akta 355 melalui usul persendirian bukan perkara pelik kerana sudah lima private member’s bill dibawa ke parlimen di negara kita.

“Malah di England lebih 100 private member’s bill dikemukakan ke parlimen,” katanya pada Wacana Akta 355 Kenapa Menentang di Madinah Ramadan 1 malam tadi.

Turut bertindak sebagai panelis peguam Datuk Takiyuddin Hassan yang juga anggota parlimen Kota Bharu dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Nassuruddin Daud.

Dr Azhar Abdullah dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra bertindak sebagai moderator. Wacana itu diadakan seusai solat Tarawih.

Pada 26 Mei lepas anggota parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibenarkan membuat bacaan kali pertama usul pindaan Akta 355 selepas dibenarkan menteri.

Pindaan dibuat bagi memperkasakan mahkamah syariah, di mana sejak 32 tahun hanya berkuasa menjatuhkan huhuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Sedangkan Akta Mahkamah Rendah yang diguna pakai di mahkamah majistret bidang kuasa boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara, denda RM10,000 dan 12 sebatan.

Zainul Rijal juga berkata kaedah pindaan melalui usul persendirian dianggap lebih mudah berbanding dibawa kerajaan kerana melibatkan banyak prosedur termasuk merunding dengan Sultan dan Majlis-Majlis Agama Negeri.

Takiyuddin pula berkata, pindaan akta tersebut hanya memerlukan sokongan 112 daripada 133 anggota parlimen (MP) Muslim di parlimen. Jumlah keseluruhan MP seramai 222 orang.

“Apabila mendapat sokongan mudah barulah pihak kerajaan membawa sendiri usul tersebut untuk tindakan seterusnya sehingga diluluskan untuk pindaan".

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"