Google Search :

google search:
Google

Thursday, June 2, 2016

Ulama Dan PAS Tak Dapat Dipisahkan

dsp boyz:

Intisari ucapan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 55
Oleh
YB Ustaz Idris Ahmad
Naib Presiden PAS

1. Allah berfirman:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ

Maksudnya: "Allah mengangkat orang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat."
Al-Mujadalah 11

dan firmanNya:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ
Maksudnya: "Hanya yang takutkan Allah itu di kalangan hamba-hambaNya ialah ulama"
Fatir 28

2. Kita (para ulama) menjadi mata rantai perjuangan PAS.

3. PAS asalnya dinamakan Persatuan Ulama Se Tanah Melayu. Seorang perwakilan.dari Gunung Semanggol, Ustaz Osman berkata: 'Kalau letak nama itu, berapa ramai ulama yang ada?' Cadangan kemudiannya ditukar kepada Persatuan Islam Se Tanah Melayu.

4. Dewan Ulama telah ada sebelum wujudnya Majlis Syura Ulama. Ia adalah dewan kanan dalam pentadbiran PAS.

5. Soal hukum dibincang dalam Dewan Ulama.
Apabila ada isu, Dewan Ulama keluarkan kertas untuk dibincang, yang kemudiannya diambil keputusan oleh .PAS Pusat.

6. Contoh pada tahun 1971, cadangan untuk dibuat kerajaan campuran. Kerajaan campuran yang nisbahnya mewakili 1 dari PAS dan 3 dari Perikatan (Umno, MCA, MIC).

7. 14 garispanduan telah dibuat oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah.
Kita masuk dalam kerajaan dengan gagasan yang kita nak bawa. Ulama hadamkan perkara itu menurut syarak ketika itu. Inilah dewan yang saudara-saudara berada sekarang.

8. Kita beruntung kerana PAS disokong oleh para ulama. Tahun 1959, apabila PAS menang di Kelantan, sekitar 95 % ulama di Kelantan menjadi calon dan wakil rakyat.

9. Orang yang bawa PAS ke Kelantan ialah Ustaz Amaludin Darus. Beliau asalnya anggota bomba, datang ke Kelantan di Pasir Mas. Dia berjumpa tok-tok guru di Kelantan, untuk dapat kekuatan sehingga PAS bertapak di Kelantan.

10. Orang yang mengaji agama kebanyakannya sokong PAS walaupun ibubapa mereka Umno.
Kalau mengaji agama, ikut Umno, itu tak betul. Mengaji agama sinonim dengan PAS.

11. Pemimpin PAN pernah sebut: "Kami disertai oleh ulama luarbiasa. Mana mereka?"

12. Pondok-pondok pengajian Islam kuat sokong PAS. Ini kekuatan PAS.

13. Sanusi Junid, Mahathir Khir pernah tulis tentang 3 P-padi, pondok, PAS.
Dr Mahathir sewaktu menjadi PM pernah menyekat pendapatan per perkapita kepada pondok walaupun peruntukan itu tidaklah banyak.

14. Kita (PAS) hebat apabila ulama hebat, ikhlas dan menghayati ajaran Islam

كونو رعاة و لا تكون رواتا
Maksudnya: 'Jadilah kamu sebagai penjaga dan.jangan.jadi semata-mata pemberitahu'

Imam Malik berkata: 'Ilmu bukan hanya hafalan hadis tetapi ilmu adalah nyalaan cahaya dalam hati' iaitu beramal dengan ilmu.

Itulah yang saya sebut tadi:
انما يخشى الله من عباده العلماء

15. Ulama tidak boleh pisahkan ilmu dengan taat kepada Allah. Ulama kena jaga disiplin ilmu. Kehebatan ulama ialah pada amalnya.

16. Lihat Tuan Guru Hj Hadi contohnya. Lihat amalnya. Kita digelar candu wala', walaun dan lain-lain (istilah yang jahat). Kita tidak wala' jika pemimpin tidak wala' kepada Allah.

(إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ)
Maksudnya: "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
Al-Ma'idah 55

Kita taat pimpinan selama pimpinan taatkan Allah.

17. Jangan bangga dengan tulisan, buku, jawatan, kalau kita tidak wala', orang akan tinggalkan kita. Ulama mesti jaga akhlak.

18. Politik d Malaysia terasnya orang Islam. Unjuran penduduk Malaysia dijangka pada tahun 2030, orang Islam 70%. Orang Melayu pula dengan agama Islam seperti aur dengan tebing.

19. Dalam Perlembagaan Malaysia, bangsa Melayu dikaitkan dengan agama Islam.
Syarat Melayu mesti Islam, walaupun jahat dan buat dosa.

20. Melayu sensitif dengan agama. Orang Umno suruh orang PAS buat kerja-kerja ibadah seperti solat jenazah, sembelih dan lain-lain, tetapi  tentang

politik payah lagi.

21. Allah minta kita bersabar:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ)

Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
AalI Imran:200

22. Perjuangan bukan senang. Kisah seorang yang membuat kajian di Rusila. Beliau jumpa seorang tua, tanya tentang Haji Hadi. Jawabnya; " dokleh gi, sesat,  orang mandi kolam, abis ikut dia". Bila diberi dengar kaset Tok Guru, orang tua itu jawab: "alim tok guru ni" Lalu diberitahu itulah Tok Guru Haji Hadi.
Justeru, kita juga kena sabar hadapi mehnah dalam perjuangan.

23. Ada ustaz yang tidak ikut PAS,  atau aktiviti PAS, lebih laju dari mursyidul am (dalam memberikan pendapat)

24. Melayu kena diubah dengan ilmu. Ilmu, siapa yang beri? Tuan-tuanlah, walaupun makan masa lama. Dia bersama dengan Umno 40 tahun, takkan terus ikut kita lepas dengar ceramah 40 minit. Kalau tak zaman kita, zaman anak cucu kita.

25. Tugas ulama bangunkan manusia, hati manusia.
Berapa ramai pelajar cerdik yang dapat Phd tapi tak jadi manusia soleh. Mereka pegang jawatan hebat-hebat tapi dalam diri tak dibangunkan kemanusiaan. Ini lingkup.

26. Contoh dalam sejarah Kelantan, sewaktu awal PAS perintah. Seorang bernama Datuk Halim. Beliau sahaja dianggap profesional, yang lain ustaz-ustaz. Namun kita tanam ilmu sehingga dapat berkembang dengan baik.

27. Ada yang kata ustaz tak boleh bercakap tentang ekonomi. Kita bahagi-bahagilah tugas. Kalau kita nak persoalkan, bukan sahaja ekonomi, bahkan mereka yang bercakap isu lain, tapi ilmu agama mereka sendiripun teruk. contoh mudah fatihah yang wajib dibaca dalam solat belum tentu betul.

28. Kononnya ada yang tuduh Tok Guru Haji Hadi dapat duit RM30 juta dari Najib. Sila buktikan hitam putih.Tok guru pernah jadi MB Terengganu. Kalau mahu, Tok Guru boleh gunakan kedudukan itu untuk dirinya. Lihat apa yang tok guru ada dan buat. Ini fitnah.

29: Di peringkat akar umbi, pindaan perlembagaan PAS akan dibuat dengan menubuhkan dewan ulama kawasan, dengan 50 ahli sekurang-kurangnya di setiap kawasan.

30. Kehadiran ulama dalam mesyuarat penting. Jaga disiplin berjemaah. Ulama sudah ada ilmu agama, tambah dengan ilmu organisasi dan pentadbiran untuk perkasakan parti.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"