Google Search :

google search:
Google

Monday, June 13, 2016

KEMENANGAN BESAR BN SATU MALAPETAKA BAGI RAKYAT MALAYSIA

PAS menggesa pengundi-pengundi kawasan Parlimen Sg Besar menolak BN dan memberi undi mereka kepada calon PAS, YB Dr Abdul Rani Osman.

PRK Sg Besar penting bukan sahaja untuk penduduk Sg Besar atau Negeri Selangor tetapi untuk seluruh negara.

PRK Sg Besar dan juga PRK Kuala Kangsar boleh dianggap sebagai satu referendum terhadap pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak.

Sekiranya pengundi-pengundi memberi kemenangan besar kepada BN maka kami bimbang BN akan menganggap rakyat telah memaafkan segala kesalahan-kesalahan mereka.
Kami juga bimbang BN akan menganggap segala penyelewengan dan salahguna kuasa yang mereka lakukan telah mendapat restu rakyat.

Seolah-olah isu-isu seperti 1MDB dan sumbangan 2.6 billion telah dilupakan oleh rakyat.
Seolah-olah juga rakyat telah menerima pelaksanaan GST.
Maka dengan itu akan terus berlaku penyelewengan-penyelewengan dan salahguna kuasa.
GST yang membebankan rakyat bukan sahaja akan diteruskan tetapi boleh dinaikkan kadarnya.
Jika sekarang 6 peratus, tidak ada jaminan ia tidak akan dinaikkan sehingga 10 peratus seperti di Indonesia dan Vietnam jika BN menang besar.

Oleh itu PAS menggesa para pengundi memberi undi mereka kepada calon-calon PAS yang berupaya memperjuangkan nasib rakyat di dalam dan di luar Parlimen.
Telah terbukti kemampuan PAS sejak sebelum Merdeka di mana PAS telah menjadi suara rakyat. Ramai pemimpin-pemimpin PAS yang telah merengkok di dalam tahanan malah terkorban di dalam usaha mempertahankan kebenaran.

Dengan itu kami menegaskan sekali lagi, kemenangan BN pada 18 Jun ini adalah malapetaka bagi rakyat. Jangan korbankan masa depan kita.

Dato' Iskandar Abdul Samad
Pengarah PRK Sg Besar /
Naib Presiden PAS
13 Jun 2016

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"