Google Search :

google search:
Google

Tuesday, June 7, 2016

IKRAR ISTIQAMAH DHPP, TGHH CERIA, PERWAKILAN MENGUSIK

SENARIO MUKTAMAR PAS 2016

1. PERIHAL DHPP

Saat menyentuh hati saya ialah ketika perwakilan DHPP,  Dr Balachandran menyampaikan ucapan. Kata Dr Bala, kita faham PAS bukan sekadar bermatlamat politik tapi turut bermatlamat dakwah. Dalam berhadapan dengan kerajaan, PAS tidak sekadar menegur dan mendedah kesalahan kerajaan tetapi dalam masa yang sama cuba menarik kerajaan kepada jalan Islam yang sebenar. Berhubung RUU pindaan 355 pula, Dr Bala menyatakan kepada Presiden MIC kalau dia tak faham, boleh panggil DHPP untuk terangkan.

Satu kisah yang mencuit hati tetapi penuh pengajaran tentang Dr Bala, pernah satu ketika dia berceramah bersama seorang pimpinan PAS dulu. Ketika pimpinan ini berceramah, beliau berkata "Perjuangan kita adalah untuk memastikan Umno BN hancur. Kita mesti hancurkan mereka sehancur-hancurnya."

Tiba giliran Dr Bala, beliau berkata "Matlamat perjuangan kita adalah untuk menegakkan syariat Islam. Bukan sekadar nak merampas kuasa semata-mata." Pemimpin yang beragama Islam itu tertunduk malu.

Namun ketika sesi penggulungan, kolam mata saya bergenang keharuan. En Balasubramaniam selaku ketua berucap lebih dari seorang muslim yang menerima hidayah. Antara isinya beliau meminta jika sekiranya usrah menjadi medan untuk orang memahami Islam dan perjuangannya seperti apa yang dilakukan oleh baginda SAW pada awal era dakwahnya, maka DHPP menuntut supaya segera diadakan usrah buat mereka.

Mereka juga berjanji akan turut istiqamah dalam perjuangan. Mereka siap membacakan ikrar taat setia buat kepimpinan PAS. Janji mereka akan taat di waktu senang dan susah, suka atau tidak suka. Kalau ditakdirkan semua orang meninggalkan perjuangan PAS, biarlah mereka DHPP sahaja yang tinggal memperjuangkannya.

Muktamar turut menerima borang keahlian DHPP baru yang diisi oleh 256 orang masyarakat TiongHua dan India dari Tumpat, Kelantan. Semoga mereka menjadi contoh buat non muslim yang selama ini salah anggap tentang Islam.

Pesanan dari pimpinan, perkasakan DHPP di setiap kawasan walaupun jumlah non muslim di sana sedikit. Jemput pimpinan DHPP kawasan ke setiap program walaupun tidak melibatkan non-muslim.

2. 80% KELUAR PAS

Berlegar berita kononnya perwakilan Johor mendedahkan 80% ahli di sana keluar PAS. Ini merupakan salah satu laporan tidak beretika media yang memutar belit kenyataan. Padahal rakaman ucapan tersebut ada dimuatkan di youtube. Tidak sedikit yang percaya pendustaan ini.

Apa yang sebenarnya disebut adalah dakwaan Pan dulu, kononnya PAS Johor akan lumpuh kerana mereka menjangka 80% ahli akan keluar. Tetapi sangkaan itu meleset. Yang keluar hanyalah beberapa kerat pimpinan yang kecewa. Ahli-ahli bawahan di 26 kawasan masih istiqamah walaupun banyak urusan pentadbiran tergendala pada awalnya.

3. TGHH CERIA, PERWAKILAN MENGUSIK

Saya kira ini kali pertama ucapan penangguhan Presiden PAS dalam nada yang ceria. Beliau memulakan ucapan dengan membalas pantun dari perwakilan Kedah yang sebelum ini mengusik mahu menjadi menantu Presiden.

Sesi perbahasan ini secara keseluruhannya menampakkan keceriaan pada seluruh muktamirin walaupun ada juga ucapan-ucapan tegas. Ini sedikit sebanyak menggambarkan kesatuan hati di antara pucuk pimpinan dan akar umbi. Dakwaan Mahfuz Omar bahawa ahli bawahan keliru dengan pimpinan hari ini nyata dusta dan rekaan semata-mata.

4. 8 BENTUK HUBUNGAN POLITIK

Dalam ucapan penangguhan, TGHH sekali lagi menerangkan tentang 8 bentuk hubungan politik yang ditimba melalui sirah Rasulullah SAW. Di tambah melalui pengisian beliau pada sesi penerangan yang lain, hubungan yang dimaksudkan ini dibahagikan empat di Mekah dan empat di Madinah.

Mekah:
1)Istianah
2)Himayah
3)Tahaluf
4)Taawun

Madinah:

5)Muahadah
6)Suluh
7)Zimmah
8)Muwada'ah

5. HUDUD

TGHH turut menyelar mana-mana pihak yang menuduh PAS membawa usul RUU pindaan 355 sebagai bermotif politik. Menurut TGHH, usul mestilah dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh dewan mula bersidang. Nahas helikopter yang mengorbankan dua ahli parlimen BN pula hanya berlaku 12 hari sebelum tarikh. Jadi PAS mengemukakan usul terlebih dahulu sebelum kerusi KK dan SB kosong. Tidak timbul soal modal politik.

Sekali lagi TGHH mengingatkan usul ini bukan usul menggubal undang-undang hudud. Usul ini sekadar menaikkan taraf mahkamah syariah. Walaupun PAS tidak pernah sekali-kali menyembunyikan hasrat untul menegakkan syariah Allah secara keseluruhan, tapi PAS adalah parti yang realistik. Penggubalan RUU jenayah Islam yang memboleh hudud dilaksanakan memerlukan undi 2/3 samada di DUN atau Parlimen. PAS sedar umat Islam tidak memiliki kekuatan 2/3 tersebut sekarang. PAS hanya gubal di Terengganu dan Kelantan sahaja pada waktu memiliki kekuatan 2/3 tersebut tetapi tidak melakukannya di Kedah dan Perak atas alasan yang serupa.

6. MUSLIMAT USUL KAJI BALIK HUBUNGAN PKR

Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengusulkan supaya Majlis Syura mengkaji balik hubungan PAS dengan PKR ekoran sikap mereka sejak kebelakangan ini. Muktamar telah meluluskan usul tersebut tanpa bahas. Ini bermakna, keputusan status hubungan PAS-PKR terletak di tangan Majlis Syura yang akan bersidang selepas ini.

7. PROPORTIONAL REPRESENTATION

Pengarah pilihanraya PAS Pusat, Dato Mustafa Ali telah mengemukakan pandangannya berhubung penambahbaikan sistem pilihanraya di Malaysia. Beliau mencadangkan Malaysia menggunakan sistem Proportional Representation (PR) yang banyak diamalkan di negara-negara maju seperti Jerman, Greece, Turko dan termasuk Indonesia bagi menggantikan sistem First Past The Post (FPTP) yang diamalkan Malaysia.

PR adalah sistem dimana kerajaan yang terbentuk tidak hanya diwakili oleh parti yang memiliki majoriti kerusi tertinggi di Parlimen sahaja, tetapi melibatkan semua parti politik yang bertanding mengikut peratus undi yang mereka perolehi. Sekiranya mereka mendapat 20% undi popular atau kerusi di parlimen, mereka akan mendapat hak berada dalam kabinet kerajaan dengan kuasa sebanyak 20%.

Sistem ini nyata lebih adil dan memberi hak sepatutnya kepada seluruh rakyat yang tidak semuanya memilih BN sahaja dalam PRU. Hak-hak dan suara mereka akan diperjuangkan oleh parti yang mereka menangkan mengikut kawasan parlimen.

8. BANDAR KOTA BHARU

Usai muktamar, saya sempat meronda bandar Kota Bharu. Malu saya tatkala melihat bandar yang dimomokkan dengan negeri miskin dan mundur ini jauh lebih pesat membangun berbanding negeri saya sendiri, Terengganu. Walaupun diperintah oleh pembangkang, negeri ini jauh meninggalkan sebahagian negeri di bawah kerajaan.

Saya membilang pasarayanya, mereka ada Tesco Mall, Giant, Mydin Mall, Parkson, KB Mall, Pacific Mall, Billion Mall, terbaru Aeon Mall, G-Orange Mall dan Pantai Timur Shopping Centre. Di Terengganu pula hanya berbangga dengan Ginat dan Mydin sahaja. Paya Bunga Square ibarat rumah hantu tidak berpenghuni.

Ini membuktikan kuasa beli rakyat Kelantan sangat tinggi. Ekonominya juga kukuh. Saya percaya jika kerajaan tidak menganaktirikan Kelantan, jika lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur terus ke Thailand siap dibina, pemimpin Kelantan mampu bawa negeri tersebut jauh meninggalkan negeri lain.

Muktamar yang berlangsung di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) terletak betul-betul di tepi lapangan terbang Kelantan. Kelihatan kapalterbang tidak putus-putus berlepas dan mendarat siang dan malam, menunjukkan kepesatan urusan di negeri Cik Siti Wan Kembang yang ditadbir PAS puluhan tahun ini. Malangnya kita pula lebih berbangga dengan pemimpin Dap Penang atau Pkr Selangor yang sebenarnya hanya menguruskan negeri yang sedia ada maju di bawah BN dahulu.

(Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"