Google Search :

google search:
Google

Wednesday, June 29, 2016

MALAYSIA MENYERANG BRITAIN

Assalamualaikum. Coretan pagi Selasa 7.6.16

Peristiwa ini berlaku pada 7 September 1981, dua bulan selepas Dr Mahathir jadi PM. Sebenarnya ia dirancang rapi dua tahun sebelum serangan iaitu semasa Tun M menjadi menteri perdagangan dan Ku Li menjadi menteri kewangan.

Perancang utama serangan ialah Tun Ismail Mohd Ali, governor bank negara yg juga abg ipar Tun M. Tun Ismail ni la dulu yg sign duit kertas kita. 

Panglima perang yg mengepalai serangan di London ialah Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kita perlu cari 282 juta pound sterling pd waktu itu utk ambil alih Guthrie. Guthrie adalah syarikat perladangan rasaksa milik British. Mereka memiliki tanah2 ladang terbesar di Malaysia sejak 160 tahun. Tanah nenek moyang kita mereka yg miliki dan menjarah keuntungan darinya. 

Modal utk ambil alih Guthrie ini kita kumpul dari Petronas, Pernas dan ASN. Kita nk tebus maruah Melayu. PNB miliki 25% sahaja saham Guthrie. Kita perlu beli 15% saham lagi utk jadi pemegang syer terbesar dan Guthrie akan jadi milik kita. 

Plan terperinci serangan dirancang TS Khalid 4 bulan sebelum itu. Kita perlu pujuk beberapa pemegang saham yg mesra PNB utk jual syer mereka. Kita perlu pujuk beberapa pihak di luar Malaysia spt di Kuwait dan Singapore utk bekerjasama.
Akhirnya Kuwait Investment Group setuju. Malangnya OCBC Singapore di bawah bossnya Tan Chin Tuan menolak cadangan Tun Ismail. Memang susah nk dpt kerjasama puak sialan ni.
Kita panik sekejap. Tapi oleh sebab dah separuh jalan pasukan kita di London terpaksa teruskan juga serangan.
Pagi itu Bursa Saham London dibuka jam 9 pagi. Pahlawan2 kita memulakan serangan. Satu persatu syer dijual dan kita beli. 

Selepas dua jam sahaja Guthrie dibeli oleh orang Melayu. Chairman nya Mark Gent hanya tahu Guthrie sudah bukan miliknya lagi melalui berita radio. Terkejut beruk dia.
Britain merasakan maruah mereka sangat tercabar dan mengubah undang2 bursa mereka supaya tiada lagi syarikat kepentingan Britain dibeli oleh orang luar. 

Sebulan kemudian Tun Ismail menutup ibupejabat Guthrie di London dan memindahkannya balik ke KL. Inilah kemenangan paling manis anak2 Melayu ke atas penjajah British.
Sehingga hujung 1981, 100% Guthrie menjadi milik Malaysia. Tun M menambah lagi kemarahan Britain apabila tak lama kemudian melancarkan polisi Buy British Last, dan memulakan Dasar Pandang KeTimur. 

Beliau membekukan semua kontrak dgn Britain yg menyebabkan mereka rugi 1.25 billion pound sterling. Beliau juga memboikot Persidangan Komanwel di Australia dgn alasan persidangan tsb hanya bincang kepentingan orang putih. 

Satu persatu kepentingan British di Malaysia ditebus kembali spt Harrisons and Crossfields, Barlow, dan Highlands and Lowlands. Semua ini memberikan keuntungan lumayan kpd PNB.
Kita pulangkan modal 282 juta pound sterling yg digunakan utk ambil alih Guthrie kpd Petronas, Pernas dan ASN tak lama kemudian. TS Khalid berkata seolah2 Guthrie kita dapat balik secara percuma. Bijok bijok akal Melayu...

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"