Google Search :

google search:
Google

Wednesday, June 15, 2016

JAUHI KAMI DARI SIFAT MUNAFIK

TADARUS & TADABBUR HARI INI (JUZ 10)
Surah At-Taubah 64-66
"Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

JAHUI KAMI DARI SIFAT MUNAFIK. Ya!.Allah  Perkenankanlah Doa Kami.. Amiennn

KUALA KANGSAR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru kepada pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar agar memanfaatkan sebaiknya peluang untuk mendapatkan kebaikan dan ganjaran pahala daripada Allah dengan memberikan undi kepada PAS dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini.

"Jika PAS menang, ianya kemenangan yang sangat penting menjelang sidang parlimen bulan Oktober nanti. Menang di Kuala Kangsar dan Sungai Besar bermakna akan bertambah 2 lagi undi bagi menyokong RUU 355.

"Bayangkan betapa besarnya pahala bagi pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana dapat membantu usaha menegakkan kebaikan dan menutup pintu kejahatan," ujar beliau ketika memberikan taujihat kepada jentera petugas PAS di Markas Pilihan raya Bendang Kering, malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"