Google Search :

google search:
Google

Monday, June 6, 2016

Jangan jadi lebai malang

Dalam PAS ada Ulama, Ustaz, Ustazah, Doktor, Engineer, Guru semua lapisan tahap pendidikan. Tapi didalam PAS kami semuanya sama, kami adalah para amilin.

Malahan didalam Unit Amal dan ARC pun begitu juga, yang menjaga parking itu kekadang seorang Doktor, Engineer, guru dan lain-lain yang gajinya mencekau puluhan ribu sebulan.

Atas nama amilin kami bekerja demi Islam, kerana Islam itu bukan terletak pada jawatan tapi pada Iman dan amal soleh. Tiada guna gelaran tanpa Iman dan amal.

Ada orang gelarkan kami lebai, pada saya tak mengapa, itu adalah pengiktirafan secara tak lansung kerana lebai itu adalah gelaran yang diberikan oleh orang melayu kepada mereka yang soleh.

Biasanya mereka yang selalu kemasjid, berpewatakan baik, bersolat akan dipanggil lebai oleh orang Melayu. Mungkin ini telah sinonim dengan amilin PAS, walaupun apa kedudukan, tak pernah lupakan Allah swt.

Dalam mitos jenaka orang Melayu ada juga istilah lebai malang, cerita tamaknya pada jamuan hingga melepas semuanya. Nak kesana takut lepas yang disini, nak kesini takut terlepas yang disana, akhirnya balik dengan perut kosong.

Bagi amilin PAS, kita berdiri diatas perjuangan yang jelas, Islam menjadi dasar, tidak berubah walaupun berhadapan dengan apa situasi sekalipun, kita bukan lebai malang yang hendak semuanya akhirnya terlepas semuanya.

Islam itulah yang diperjuangkan, tidak sekali-kali beralih arah, tidak sekali-kali hati kami sekejap kesana sekejap kemari, nak sangat menang didunia hingga sampai kerugian akhirat, tapi akhirnya kadang2 dunia pun tak menang juga.

Jangan, bila nampak kalau ikut Islam boleh menang, ikut Islam. Kalau ikut Islam nampak seperti kalah, lalu lari tinggalkan Islam. Yang beginilah perangai lebai malang.

InsyaAllah para amilin PAS walau apa kedudukan sekalipun tetap Istiqamah dengan perjuangan Islam. Kami tak lari dan mundar mandir dari dasar kami kerana nak memburu anganan dunia yang belum pasti.

Kami digelar lebai tetapi lebai yang soleh, yang tetap berjuang diatas jalan Islam bersama kepimpinan kami yang menjadi Al Qur'an dan Hadis sebagai pedomannya. Kami inginkan keduanya, tapi kami tak mundar mandir kerana merebut keduanya sehingga hilang keduanya.

Kalau kita cari dunia semata-mata hingga tinggal akhirat, kita pasti tidak mendapatkan Akhirat walaupun mungkin kita dapat dunia, tapi kalau kita buru akhirat pasti akan kita berolehi keduanya. Itulah janji Allah swt, inilah yang kami cari, kerana itu kami istiqamah dengan perjuangan kami.

Selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"