Google Search :

google search:
Google

Sunday, June 12, 2016

PRESIDEN PAS TURUN PADANG JUMPA MASYARAKAT CINA DI SEKINCHAN DAN MAHU RAKYAT TOLAK BN

Sekinchan, 12 Jun 2016 - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah melakukan "walkabout" di Pekan Sekichan petang tadi. Beliau yang diiringi oleh Naib Presiden PAS, Dato' Iskandar Abdul Samad, telah melawat kedai dan restoran di pekan itu. Haji Hadi telah juga mengedarkan cenderamata yang berupa "keychain" kepada para pengunjung.

Lawatan tersebut adalah sebahagian dari kempen pilihan raya kecil P.093 Sg Besar. PAS meletakkan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon menentang calon-calon BN dan PAN. Pada pilihan raya umum 2013, calon PAS telah tewas di kerusi tersebut dengan hanya 399 undi.

Pada program petang tadi, PAS telah turut menawarkan perkhidmatan menukar minyak hitam percuma dan pemeriksaan kesihatan percuma bertempat di pasar awam pekan tersebut.

Ketika menjawab soalan-soalan dari para pemberita, Presiden PAS itu telah menegaskan pendirian PAS untuk menukar UMNO-BN sebagai kerajaan. Katanya PAS bukan sekadar hendak menukar Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri. Oleh yang demikian, tegasnya PAS tidak bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohammed yang mahu menukar Najib tetapi dengan Perdana Menetri UMNO yang lain.

Haji Hadi telah turut menyenaraikan masalah-masalah di bawah pentadbiran UMNO-BN dari BMF sehingga ke 1MDB. Beliau berkata masalahnya adalah UMNO-BN dan selagi mereka tidak ditukar maka rakyat akan terus terbeban. - Pandankini@Sekinchan

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"