Google Search :

google search:
Google

Tuesday, June 21, 2016

PAN jadi penghalang untuk PAS bekerjasama bersama PH

PAN kini liability kepada DAP dan PKR dalam usaha ambil alih Kerajaan Persekutuan dari  BN.

PAS pastinya tidak bersetuju duduk semeja dengan parti nyamuk yg mencuri kerusi PAS.

Jadi PAN akan jadi penghalang kpd usaha ke Putrajaya krn badi itu menghalang PAS utk bekerjasama.

Usaha DAP nampaknya sia sia dalam usaha menjadikan PAN ber DNA Melayu Cina krn jelas orang melayu tidak bersetuju dengan baka kacukan yg bukan @ Non syariah compliance itu.

Kesilapan besar DAP yg melahirkan PAN membawa masaalah kpd pembangkang krn PAN tidak berupaya mewakili orang melayu.

PAS mesti berhati hati dalam memilih rakan tahalluf utk PRU 14 krn PAN dan DAP serta PKR bukanlah kawan sebenar yg suci hati.

Bagi saya PAN selayaknya menerima jolokan = "Parti 7%."

Sebab.. Undi yg PAS dapat sama seperti PRU 13 tanpa penambahan pengundi baru mendaftar di Sg Besar. (Penambahan pengundi terlalu kecil)

Klu ikut fakta 7% undi melayu yg PAN dapat itu adalah undi mereka sendiri semasa mereka dalam PAS masa PRU 13 yg lalu di bawa keluar dari PAS dan undi PAN.

Faktanya bila 7% undi penyokong PAS dah lari sokong PAN sepatutnya undi PAS merosot 7% tetapi itu tidak berlaku.

Undi PAS tidak berubah dan itu maknanya ada swing 7% pengundi melayu atas pagar menyokong PAS.

Pemergian golongan oren dari PAS kpd PAN tidak menjadi kudis kepada PAS.

Dengan hanya 7% undi maknanya PAN hilang deposit krn syarat tak hilang deposit oleh SPR mesti dapat undi tidak kurang dari 12.5%  atau 1/8 dari jumlah pengundi yg kuar mengundi.

Sewajarnya PAN di gelar Parti 7%.

Berkubur hasrat DAP dan PKR nak amik PAN jadi pengganti PAS atau dalam bahasa lain menguburkan PAS.

Saya melihat PAS boleh berbuat sesuatu untuk menguburkan Pakatan Harapan pula jika mahu sebagai membalas usaha PH yg berusaha menguburkan PAS terlebih dahulu.

Jika perangai macam Pakatan Harapan nak kuburkan PAS dgn gantikan PAS dengan pengkhianat PAN itu maka musnahlah harapan rakyat untuk melihat berlakunya perubahan politik di Negara ini dan BN tetap mencengkam.

Pada saya ..mungkin sukar bagi PAS nak percaya dgn parti PH yg telah berusaha menghancurkan PAS tetapi bangsa melayu tak setuju.

Bila rakyat tolak hasrat mrk... baru mrn nak jilat ludah mereka kembali.

Aku percaya pimpinanku dari parti PAS juga yg  berdarah melayu seperti aku akan melihat semua perkara itu dalam proses membuat keputusan.

InsyaAllah PAS tetap kukuh dan aku tetap istiqamah bersama PAS.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"