Google Search :

google search:
Google

Thursday, June 2, 2016

pemuda-pemuda PAS sebagai benteng terakhir umat Islam di Malaysia

*Teks Ucapan Penangguhan*

*Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin*
*Naib Ketua Pemuda*
*Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke 57*

بِسْمِ اللّهِ الرّحْمَنِ الرّحِيمِ

يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ ﴿٤٢﴾
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, -

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ ﴿٤٣﴾
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

Jazaakallah Khairan Jaza’ saya rangkapkan buat al Fadhil Ustaz Kamal Syaari, Sdr Pengerusi Tetap.
Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda,
Seluruh saff EXCO DPPM,
Yang dihormati seluruh sidang muktamrin
Para pemerhati, wartawan dan semua yang hadhir

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .

Ikhwah yang dirahmati Allah sekelian.

Ingin saya mengingatkan kembali kepada muktamirin sekalian berkenaan muktamar dan juga isi yang telah dinyatakan oleh Ketua Pemuda selama 2 hari ini. Tema Muktamar kita pada hari ini adalah, *Bertekad Melebar Muafakat* yang mana ia berteras kepada 3 elemen penting. Tiga elemen ini seharusnya ada kepada seluruh kepimpinan dewan pemuda pas sama ada di peringkat Pusat, Negeri, Kawasan mahupun cawangan. Bagi memastikan ianya berjaya, kita perlu ada *One mind, one direction* - *wehdatul fiqh, wehdatul amal*.

TIGA element tersebut: *cita-cita bersama (common vision), kefahaman bersama (common believe) dan tindakan bersama (common action)* perlu dihadamkan dan ditafsirkan dengan maklumat-maklumat dan penataan-penataan yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda dalam ucaptamanya.

Sepanjang 2 hari ini dilihat muktamirin dapat mengadaptasi seruan yang dinyatakan oleh ketua pemuda dalam ucapannya dan ini dizahirkan dengan *perbahasan-perbahasan yang segar, cadangan-cadangan yang membina*.
Walaupun ada rakan-rakan media yang menyatakan Muktamar kali ini kurang panas, tetapi *ketenangan ini seharusnya dibuktikan dengan kekuatan*. Kekuatan itulah bekalan untuk pemuda pas bawa balik ke peringkat Kawasan dan Cawangan.

Muktamirin yang dihormati sekalian,

Didalam kita bermuktamar dengan tenang pada 2 hari ini, kita jangan lupa dengan sahabat-sahabat seakidah kita di seluruh dunia. Peristiwa yang berlaku di *Aleppo, Syria* sehingga dikatakan Holocaust yang terbesar dalam sejarah hidup manusia. Lebih 250,000 ummat Islam yang mana sanak saudara kita, sedarah dengan kita telah jatuh ke bumi. Begitu juga dengan sahabat-sahabat di *Jamaat-e-Islami* yang mereka dijatuhkan hukuman bunuh kerana didakwa terlibat dengan perang 1971.

Kita juga dihujani dengan konflik-konflik dalaman negara kita terutamanya isu-isu yang bersifat kepada Islam liberal. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh Rank Corporation (Human Right Campaign) dimana *serangan pemikiran* ini ingin membawa pemikiran khususnya kepada anak-anak muda ini bahawa *Islam Liberal* dibolehkan dalam Islam. Akhirnya wujudlah golongan LGBT, G25, Comango dan transeksual  yang mana awalnya minority tetapi dikhuatiri menjadi majority pada suatu masa sekiranya ia tidak dikekang oleh *pemuda-pemuda PAS sebagai benteng terakhir umat Islam di Malaysia*.

Muktamirin yang dihormati sekalian,

Kita kena *Back-to-Basic, kita kena back to the drawing board*, kita kena check balik apa perkara-perkara yang perlu kita laksanakan. Sebab itu, diantara perkara yang dipertekankan oleh Ketua Pemuda adalah untuk kita melaksanakan *#TransformasiTarbiyyah /#TajdiddulTarbiyyah* yang dimana tarbiyyah kita itu *bukan bersifat eksklusif semata-mata, ia juga perlu bersifat insklusif*. Ia perlu melatari kepada seluruh golongan manusia. Kita juga perlu turun kepada anak-anak muda jalanan yang mereka juga mahu kepada tarbiyyah yang dibawa oleh Pemuda PAS. Tinggal lagi bagaimanakah cara dan gaya seni tari yang kita nak bawa untuk pemuda-pemuda ini. Saya serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan di peringkat Cawangan dan juga Kawasan.

Yang kedua, hashtag yang paling penting kepada Pemuda ialah *#Kaderasasi Pemuda*.  Kita kena lihat kebimbingan yang dirasai oleh kepimpinan Pemuda di peringkat Pusat adalah kebimbingan yang sama seharusnya dikongsi oleh kepimpinan di peringkat Kawasan dan Cawangan. Kita ambil contoh, seramai *4.2 juta yang masih lagi tidak berdaftar sebagai Pemilih, yang dimana 80% daripadanya adalah golongan muda*. Saya yakin dan percaya walaupun ia tidak dibuktikan lagi dengan satu kajian yang mendalam sebab kita tidak ada lagi kajian yang sebegitu rupa, saya rasakan yang DAP berada di driving seat apabila berbicara tentang daftar pemilih pengundi muda.

Sehebat-hebat kita bergegar bercerita tentang Akta 355, bercerita tentang tadhiyyah, bercerita tentang memegang kepada akidah perjuangan kepimpinan ulama dan sebagainya, *ia perlu dibuktikan kepada kerja kita untuk turun ke medan*. Walaupun pada hakikatnya hidayah itu bersifat zahir dan batin, hidayah yang bersifat zahir inilah yang kita perlu berusaha dan *KPI kita untuk mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi di lingkungan DUN dan juga kawasan Parlimen*.

PRN Sarawak telah membuktikan bahawasanya *Politik Persepsi tidak semestinya akan memenangkan sesebuah parti potilik dalam pilihanraya*. Walaupun orang melihat Datuk Seri Najib itu terlampau teruk imejnya sekarang, tetapi oleh kerana basis yang kuat di peringkat PBB disana, mereka dapat menguasai kerusi-kerusi DUN dengan tambahan kerusi yang lebih. Ia memberi cabaran kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak dan kita percaya dengan Ketua Pemuda yang berdiri gagah menyatakan semangat mereka. Walaupun mereka diuji dengan kekalahan ataupun ditangguhkan kemenangan, mereka akan menubuhkan 5 Dewan Pemuda Kawasan yang baru dan penambahan PASTI yang baru. *Ini kehebatan pemuda Sarawak yang seharusnya kita ambil bersama-sama semangatnya untuk kita turun ke peringkat Kawasan masing-masing*.

Yang terakhir, *innovasi* melalui *pendekatan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy)* yang bukan sekadar digunakan di peringkat-peringkat kerajaan mahupun swasta tetapi ia sebenarnya *adaptasi strategi Rasulullah SAW*. Strategi lautan biru yang dibuat oleh Rasulullah SAW apabila berpindah daripada bumi Mekah ke bumi Madinah mencari orang yang lebih mahu menerima Islam *(untapped market)* dan tempat yang kurang pesaingan *(less competition)*. Strategi inilah yang sepatutnya diambil di peringkat Kawasan. Strategi ini *berteraskan kepada inovatif dan kreativiti pemuda*. *Dua elemen itu tidak akan dapat diadaptasi sekiranya pemuda-pemuda PAS tidak rapat dengan Al-quran*.

*Berapakah helaian al-Quran yang pemuda baca pada hari ini dalam kesibukkan kita bermuktamar?*

Ini adalah muhasabah buat pemuda sekalian. *Kalau kita sebagai syababul islami, pemuda pas tidak rapat dengan Al-quran bagaimana Allah Taala nak menghidangkan hidayah kebijaksanaan untuk kita merangka strategi-strategi baru?*

Saya ingin membaca konotasi daripada Richard Branson, Pengasas kepada Virgin Group, *“There is no substitute for innovation. Original revolutionary ideas will always rise to the top."* Maksudnya tidak ada penggantian kepada kehebatan inovasi. Idea-idea asal dan idea-idea yang bekembang dari idea asal akan mengambil tempat yang tebaik di dalam pembikinan strategi. Saya menyeru kepada pemuda-pemuda Pas ingat balik apa pesanan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bilamana ada pelajar-pelajar dari Australia. Mereka bertanya apakah yang dibuat oleh Tuan Guru didalam memodenkan Kelantan? Tuan Guru menjawab dia *memodenkan Kelantan dengan memodenkan pemikiran rakyat Kelantan yang akhirnya menjadikan rakyat celik politik*. Rakyat Kelantan bila berada dimana-mana akan membawa Islam, yang kedua dimana-mana dia akan berkembang dengan baik. Ini nilai yang ditanam oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yg sewajarnya ditanam di peringkat pemuda sekalian.

Muktamirin yang dihormati sekalian,

Oleh demikian, *#AnjakanPemikiran*/ *#MindsetChange* perlu dilaksanakan dengan sewajarnya dan InsyaAllah *DPPM bersepadu membantu kalian semua*. Kita harapkan dengan kerjasama bersama ini akan membuahkan hasil yang lumayan di hadapan Allah SWT dan kepada rakyat.

AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar!

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"