Google Search :

google search:
Google

Thursday, June 16, 2016

Catatan PRK Kuala Kangsar - kawasan orang asli di UPU Bekor

11 Ramadhan 1437
16 Jun 2015

Kali pertama memasuki kawasan orang asli di UPU Bekor. Penempatan mereka tak jauh dari jalan utama. Jalan pun sudah berturap. Kebanyakan rumah mereka sudah bersimen. Eletrik dan air ada. Saya boleh bagi kredit untuk kerajaan dalam bab ini walaupun jika dibanding dengan penempatan orang biasa, masih banyak fasiliti yang kurang. Mereka tetap dianggap sebagai kaum kelas berbeza.

Tetapi ada perkara yang  sangat menyedihkan. Di sekeliling masyarakat luar yang 90% muslim, hampir 100% orang asli di situ adalah kristian. Di dalam rumah-rumah mereka berbagai bentuk salib dan gambar Jesus Maryam ditemui.

Timbul soalan dalam diri, mana pergi Jabatan Agama? Apa yang jabatan agama buat sampai hampir tiada orang Islam di sini? Bagaimana kristian boleh berkembang di sini?

Paling sedih ialah melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa. Mereka anak lahir dalam fitrah. Kristian bukan agama asal. Wajah mereka seakan kita. Tapi sudah menyarung salib di leher. Apa usaha jabatan agama?

Saya tahu kenapa mereka pilih Kristian. Kerana Kristian gunakan bantuan kebajikan sebagai alat dakwah. Soalnya kenapa Islam tak boleh lakukan perkara sama? Ke mana wang hasil zakat? Ke mana peruntukan untuk gerakerja dakwah? Di mana letak kepentingan Islam di hati mereka?

Oh... berdosanya hamba..

_(Alang Ibn Shukrimun)_

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"