Google Search :

google search:
Google

Monday, June 20, 2016

PERANCANGAN YG GAGAL.. Grand Design IRC-JIM temui JALAN MATI

Jalan keluar ialah dengan berpaut pada DAP.
----------------------------------

Yb Shaari Sungip dan Dr Dzulkifli Ahmad terlupa menggariskan pelan jangka panjang dalam kertas Grand Design JIM-IRC pada tahun 1991.

Pada tahun 1990, JIM didaftarkan bawah ROS dan mengumpulkan bekas IRC UK, Mesir, dan Jordan. Mereka semua bekas pelajar Malaysia, golongan elit terpelajar. IRC ditubuhkan sebagai alternatif kepada ABIM apabila Anwar masuk UMNO.

Pada akhir tahun 1990, setelah Kelantan jatuh ke tangan PAS, Anwar menjemput IRC untuk bersama UMNO bagi  tangani kebangkitan pengaruh PAS susulan kemenangan PAS merampas Kelantan dari BN-UMNO. Anwar disebut-sebut sebagai bakal PM Malaysia dalam masa yang dekat selepas itu.

Pada tahun 1991, Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad mengemukakan satu kertas Grand Design kepada  Syura IRC berpangkalan di UK di bawah seliaan Ikhwan Alami untuk membenarkan bekas ahli IRC masuk UMNO dan PAS dengan objektif yang jelas: membantu Anwar dalam UMNO mencapi cita-citanya menjadi PM Malaysia dan menguasai UMNO serta  menguasai PAS. Dalam kertas kerja tersebut, IRC sebut bahawa IRC tidak percaya kepada ABIM dan IRC akan kuasai UMNO. Lantaran itu, ramai ahli IRC masuk UMNO di ketuai oleh Rahim Ghouse. Dr Dzulkifli masuk PAS tahun 1996 setelah Mujahid mendapat tempat dalam Pemuda PAS.

Pada tahun 1998, Anwar ditendang keluar dari UMNO. Orang ABIM dan IRC turut tercampak keluar. Ada yang kena tangkap bawah ISA, ada yang lari ke Indonesia dan Australia. Ada yang masuk PAS sebelum PKN (PKR) ditubuhkan. Yang masuk PAS antaranya Kamaruddin Jaafar, Anwar Tahir dan beberapa lagi. Mereka masuk dengan arahan dan restu Anwar. Apabila PKN ditubuhkan 1999 dengan bantuan PAS atas nasihat pimpinan Ustaz Fadzl Nor, Shaari Sungib telah ditawarkan sebagai SU Agung PKN tetapi beliau menolak kerana mahu "duduk" dalam PAS dahulu bersama Dr Dzulkifli Ahmad. Rata-rata bekas ABIM dan bekas UMNO yang menjadi pengikut setia Anwar masuk PKN yang kemudian bergabung dengan PSRM menjadi PKR.

Apabila IRC gagal kuasai UMNO, mereka cuba kuasai PAS. Ketika itu  JIM-IRC pecah dua kepada ISMA dan IKRAM. ISMA bersama UMNO dan PERKASA apabila PAS menerima gagasan Pakatan Rakyat yang mana DAP ada di dalamnya. IKRAM bersama PAS. Selama lebih 10 tahun, kumpulan JIM-IRC membina kekuatan mereka, memperkudakan Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasarudin sebagai proksi mereka selain Kamarudin Jaafar yang berjaya dilantik sebagai SU Agung PAS melalui perancangan mereka.

Selepas 2008 susulan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri maka timbullah riak-riak konspirasi yang semakin jelas dalam PAS. Ia bermula dengan persitiwa 16 September 2008 yang menambah kemarahan mereka terhadap Presiden PAS kerana TGHH  tidak setuju dengan menawan Putrajaya melalui pintu belakang di mana Wakil Rakyat Sabah yang akan lompat parti dan bergabung dengan Wakil Rakyat DAP, PKR, dan PSM terdiri daripada bukan Melayu dan bukan Islam untuk membentuk kerajaan baru di Putrajaya. Kemudian 2009, berlaku protes 10 budak hitam di Parlimen terhadap TGHH yang kononnya dikatakan oleh Anwar bahawa TGHH mahu bergabung dengan UMNO. 8 budak dari 10 budak hitam terus mengheret isu ini terhadap Presiden PAS sebagai usaha menjatuhkan nama baik beliau dalam PAS.

Akhirnya menjelang 2011, mereka sudah kuasai 60% daripada AJK PAS Pusat. Dendam kesumat marah mereka terus menerus berlaku dengan pelbagai aktiviti dan propaganda melalui Harakah yang mereka kuasai, The Malaysian insider, dan Malaysiakini merendah-rendahkan TGHH. Ketika inilah Mat Sabu "dipujuk' untuk bersama mereka. Tuan Guru Presiden PAS berada dalam keadaan amat tertekan kerana banyak tikaman belakang dilakukan oleh kelompok ini dalam PAS selepas 2011. Mat Sabu menjadi senjata baru bagi mereka.

Susulan PR menang dalam 2013 di Selangor, PKR melancarkan Kajang Move dalam selimut untuk menjayakan perjanjian sulit antara Anwar dan Najib melalui Konsensus Nasional. Anwar dicadang menjadi MB untuk liase dengan Najib bagi mentadbir Selangor secara bersama antara BN (UMNO) dengan PR (PKR) sebagai syarat pulangan, Anwar akan ke Putrajaya bersama pasukannya.

Mahathir dapat mencium konspirasi ini dan jika KN berjaya, bermakna Mahathir dan kroninya akan hadapai masalah besar untuk berhadapan dengan Anwar, orang yang pernah ditendang keluar dari UMNO dan dipenjarakan. Lalu Mahkamah mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful dan Anwar hilang kelayakan bertanding di Kajang.

Kajang Move seterusnya memaksa semua pihak dalam PR untuk terima dan beri sokongan. DAP terpaksa sokong sebab takut kehilangan kuasa di P. Pinang. PAS dipaksa terima DSWA sebagai MB dengan permainan konspirasi IRC-JIM dalam PAS, tetapi Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama melihat tindakan memecat Tan Sri Khalid dari PKR dan sekaligus jawatan MB Selangor sebagai satu bentuk kezaliman. Saifudin dan Rafizi tiba-tiba memaparkan 91 halaman salah laku TSKI. Setahun kemudian baru kita ia adalah FITNAH dari Saifudin dan Rafizi terhadap TSKI.

Kemarahan IRC-JIM terhadap TGHH semakin membuak-buak selepas Kedah jatuh ke tangan BN. Lalu kumpulan G18 menubuhkan PASMA pada bulan Nov 2014, satu NGO yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS. Perkara ini disebut dalam kertas Grand Design yang ditulis pada tahun 1991, iaitu menubuhkan satu NGO sekiranya gagal kuasai PAS, dan NGO ini akan menjadi transisi sebelum satu parti politik diwujudkan.

Lantas PASMA berkempen dari bulan Nov 2014 (bermula ia ditubuhkan di Kedah) hingga 2015 dipimpin oleh Ir Pakhrolrazi di Kedah dan dibantu oleh Ustaz Mat Hussin IRC-JIM Kelantan yang berada di belakang Husam untuk menjatuhkan Presiden PAS. Pelbagai rahsia mereka bocor apabila sebahagian ahli PAS secara individu dan kelompok mengambil tanggungjawab menyelamatkan PAS dengan membocorkan rahsia mereka termasuk konspirasi Hawaii Five O yang dikaitkan dengan Dr Hatta, pembocoran Whattsapp JK PAS Pusat yang dikaitkan dengan Khalid Samad, keset rakaman ucapan Mat Sabu di Kuala Selangor mengajak ahli merancang supaya Presiden PAS diganti dengan pemimpin yang boleh bekerja dengan DAP dan PKR, pertemuaan tertutup IRC-JIM dengan pimpinan PKR dan DAP, pemberian sumbangan DAP kepada PASMA, dan pelbagai lagi angkara tersembunyi yang berlaku di belakang tabir dalam PAS.

Akhirnya dalam Muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor 2015, semua mereka yang terlibat dengan JIM-IRC dan konspirasi dalam selimut ini termasuk Mat Sabu, Husam, Dr Hatta, Salehudin, Dr Mujahid, Dr Maria, Ir Nizar, Ustaz Ghani Shamsuddin, Khalid Samad dan beberapa lagi tewas dalam pemilihan JK PAS Pusat 2015 kecuali Mazlan Aliman dan YB Amiruddin Kedah. Pemilihan JK ini dibuat melalui cara demokrasi yang telus dan dikendalikan oleh Asmuni Awi.

Susulan kekalahan mereka dalam Muktamar PAS ke 61, atas “arahan” dan “pujukan” pemberi dedak, mereka keluar dari PAS menggunakan nama GHB (Gerakan Harapan Baru) dan kemudian menjadi G18, dan akhirnya menubuhkan PAN, Parti Amanah Negara. Inilah parti politik yang mesti ditubuhkan jika IRC-JIM gagal kuasai PAS menurut kertas Grand Design tersebut. Meskipun nama parti politik ini tidak disebut namanya dalam kertas Grand Design IRC-JIM 1991, ciri-ciri PAN memenuhi citarasa dan matlmat mereka.

Bagi PAN, mereka suka menumpang orang lain macam pokok dedalu. Mereka pernah menumpang UMNO. Mereka pernah PAS. Tapi mereka gagal kuasai UMNO dan PAS. Kini mereka menemui jalan buntu. Jalan seterusnya tidak digariskan oleh ini tidak dihuraikan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design mereka pada tahun 1991.  Jalan keluar dari JALAN MATI ini ialah dengan berpaut pada DAP.

PAN kini dikuasai oleh DAP. Ia menjadi proksi kepada DAP sebagai jambatan untuk dekati dan kuasai orang Melayu. DAP telah melabur banyak wang dan tenaga “membela’ dan “membiayai” indidividu dalam PAN, dan pastinya DAP akan tuntut pelbagai perkara dibuat oleh PAN bagi pihak DAP.  DAP kini menjadi ALONG kepada PAN. Percubaan pertama DAP menguji PAN ialah di PRK Sarawak dan ujian kedua ialah di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. PAN kelihatan positif untuk terus digunakan oleh DAP untuk hadapi PRU 14.

Persoalannya: mampukah PAN keluar dari ugutan dan arahan DAP sebagaimana ALON lakukan ke atas peminjam dedak atau penerima dedak? Mampukah mereka memelihara iman dan akhlak sebagai seorang Muslim? Mampukah mereka bertahan untuk tempoh 1 tahun akan dating? Ini semua tidak digariskan oleh Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad dalam kertas Grand Design. Sama-sama kita tunggu episodnya.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"