Google Search :

google search:
Google

Friday, June 10, 2016

Strategi Musuh singkirkan ulama dalam Pas

Sudah lama mereka merancang untuk menyingkirkan TG Presiden dan berhajat untuk hijack PAS. Mereka telah posisikan org2 mereka di posisi yg dikira berpengaruh.mereka telah berusaha menjalinkan hubungan dengan pihak2 yg bertentangan secara langsung dengan dasar Pas dan Presiden, bertujuan mengheret pas keluar dari chengkaman ulamak dan syariat. Mereka cuba mempengaruhi Ahli2 PAS secara beransur2 untuk menerima doktrin liberal mereka atas nama kebebasan berfikir dan keterbukaan. Mereka wujudkan proksi mereka dlm Pas untuk memudahkan mereka menyalurkan doktrin tersebut sejauh mungkin kedalam jasad PAS. Mereka buka pintu untuk org luar menembak presiden. Mereka dengan megah dan tersenyum mendengar Aziz Bari megkritik presiden secara terbuka. Kerana mereka lah yg membawa aziz Bari kedalam gelanggang itu, kononnya untuk memalukan presiden dikhalayak ahli Pas dan sebagai pernyataan betapa resionalnya presiden perlu ditukar. Biadap bukan?. Mereka menulis buku2 yg kononnya untuk mewajahkan Pas dengan wajah baru yg lebih bersifat global dan mampu diseiringkan dengan kepelbagaian ideologi dunia. Kononnya dengan cara itu pas akan dilihat lebih terbuka, mesra dan islamic ala barat.
Untuk mengukuhkan lagi hujjah mereka, lalu mereka wujudkan persepsi dlm minda ahli pas bahawa;
1. Pas adalah parti islam tradisional yg ortodok.
2. Kepergantungan parti kpd konsep kepimpinan ulamak hanya akan memundurkan Pas.
3. Pas perlu berani melangkah kehadapan melalui rombakan terhadap ketegasannya terhadap agama, supaya dgn itu pas dapat seiring dengan isme dan aliran pemikiran yg kononnya telah maju.
4. Presiden perlu ditukar kerana dlm banyak hal tidak sepakat dengan pimpinan lain dalam pakatan Rakyat. Jika mahu mengukuhkan PR Pas perlu tukar presiden.
Mereka merancang bertahun2 dengan teliti. Mereka caturkan banyak keputusan pemilihan pas disemua peringkat. Agar pimpinan yg bakal menerajui Pas adalah pemimpin yg sealiran dengan fikrah dan inspirasi mereka. Mereka sudah hampir berjaya. Cuma beberapa langkah lagi perlu dilakukan.
ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين
mereka merancang, dan Allah pun merancang. Sesungguhnya Allah sebaik2 perancang.
Sebelum segalanya berjaya. Allah selamatkan parti Islam yg ikhlas dan jujur ini. Allah zahirkan segalanya kerana Dialah yg Az-Zaaher. Allah Yg menguasai hati manusia. Lalu dengan kebulatan hati dan kesepakatan jiwa Ahli pas di kalangan perwakilan menolak mereka melalui muktamar yg sah.
Pada awalnya pengkhianatan mereka dlm parti dan jamaah sukar dipercayai oleh Ahli. Sehingga siapa sahaja yg cuba membongkarnya akan dianggap jahat dan busuk hati. Akan di anggap anti kemajuan. Namun Allah Maha berkuasa. Segala pengkhianatan yg tak tersangka oleh kebanyakan org itu dizahirkan Allah satu persatu melalui tindakan dan ucapan susulan mereka. Lebih ketara apabila mereka sanggup pula menubuhkan sebuah parti lain dan menghadapkan serangannya secara langsung kepada PAS. Di mana Pas bertanding diaitu mereka akan bertanding untuk mengalahkan Pas. Mereka tidak menang itu tidak penting. Yg penting bagi mereka PAS perlu dan wajib kalah.
Wahai ahli2 PAS. Begitulah perjalanan dan liku2 perjuangan ini. Anda telah berada diatas landasan yg betul. Segala bentuk rintangan dan ujian yg pernah dilalui oleh Nabi2 dan rasul2 yg terdahulu, itulah yg sedang dilalui oleh PAS. Tentera Ahzab sedang mengepung kamu..maka tiada yg lebih mahal selain tawakkal dan istiqamah.
Ust Mokhtar Senik
4. Ramadhan.1437.
9.june.2016.~KL~

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"