Google Search :

google search:
Google

Friday, June 17, 2016

memisahkan mana-mana hukum Islam daripada ikatan Islam adalah langkah syaitan

Sungguh malang mereka yang menyerang dan menghalang hudud malah lebih bersimpati terhadap penjenayah daripada mangsa individu dan masyarakat yang malang dalam masa yang sama terus menjadi khadam kepada penjajah yang sudah keluar. Tiba-tiba mereka pula ambil kerja penjajah.

“Sangat malang bagi penganut Islam yang tidak setuju menaik taraf Mahkamah Syariah kerana menghina agamanya sendiri,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada penentang hudud yang kononnya menegakkan hanya menentang hudud bukan bermusuh terhadap Islam dan umatnya.

“Kepada sesiapa yang bersilat kata-kata dan tulisan menentang, Allah menetapkan setiap perkara Islam adalah bersambung tanpa dapat dipisahkan.

“Ketahuilah memisahkan mana-mana hukum Islam daripada ikatan Islam adalah langkah syaitan,” katanya.
-----------------------------

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"