Google Search :

google search:
Google

Monday, June 6, 2016

PETUGAS PAS MAUT DALAM PERJALANAN KE SUNGAI BESAR

Dimaklumkan, sahabat PAS Hulu Selangor kami Arwah Nik Asif (gambar berkopiah putih) dan seorang anaknya telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan untuk bertugas di PRK Sg Besar.

Kejadian berlaku di jalan Sg Dusun - Sg Besar kira-kira antara jam 8.00 - 9.00 mlm tadi.

Arwah diberitakan terbabas dan kereta beliau menjunam ke dalam sungai. Arwah bersama seorang anak lelaki meninggal dunia ditempat kejadian kerana lemas.

Lebih mengharukan, arwah lengkap berpakaian Amal semasa kemalangan.

Semoga Allah menempatkan roh arwah bersama para solehin, anbiya' dan syuhada'.

Al-Fatihah!

FB : www.facebook.com/P.093SungaiBesar
IG : www.instagram.com/PASSelangor

#PRKSungaiBesar
#SungaiBesar
#Selangor
#UndilahPAS

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"