Google Search :

google search:
Google

Wednesday, June 15, 2016

PRK menyaksikan tentera Ahzab bergabung sepenuhnya untuk menyekat kemaraan Islam

PRK sg. Besar dan K.Kangsar menyaksikan tentera Ahzab bergabung sepenuhnya untuk menyekat kemaraan Islam. Kabilah2 kecil bergegas bersatu dibawah naungan kuffar. Untuk mendapatkan sedikit kepercayaan agar nanti diberikan harta rampasan jika mereka menang. Kumpulan Abdullah bin Salul yg sekian lama bersembunyi mula menampakkan wajah sebenar mereka. Tidak kurang sang pendita juga turut serta walau suara dah tersekat2 dan banyak lupa dari ingat. Medan PRK ini juga menyaksikan ketua2 kabilah Ibnu Salul saling berlumba membuktikan kpd tuan2 mereka bahawa mereka paling jaguh menentang islam dan ulamak. Apakah kita rasa hairan dengan mereka?...tidak...

Sejarah itu berputar. Tidak ada satu pun dlm lipatan sejarah itu, golongan khianat beroleh kejayaan dan kegembiraan. Atau golongan kuffar kembali dengan rasa tenang. Jgn lah mereka merasakan " tangguh" ( dari tindak balas Allah) yg Allah berikan itu kebaikan untuk mereka. Bahkan penangguhan itu adalah keburukan untuk mereka, supaya nanti mereka layak menerima balasan yg menghinakan. Ingatlah..muqaddimah kepda pembukaan kota Makkah itu ialah perjanjian Hudaibiyyah. Yg sebahagian sahabat merasa dukacita dengan perjanjian itu. Namun kerana taatkan Rasulullah, kerana yakin kan Allah serta cintakan Islam, mereka terus istiqamah hingga beroleh kemenangan dan kejayaan.

Al-Faqir Ust Mokhtar Senik
~Gombak. 8.Ramadhan.1437~

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"