Google Search :

google search:
Google

Sunday, June 5, 2016

Calon PAN kali ini dikatakan orang2 IKRAM. Baguslah IKRAM (dahulunya dikenali dengan JIM)

Calon PAN kali ini dikatakan orang2 IKRAM. Baguslah IKRAM (dahulunya dikenali dengan JIM) menzahirkan dirinya begitu dari duduk berselindung agenda siasahnya di belakang orang lain. Ada sahabat saya, orang lama yang mengatakan kumpulan mereka ini sejak awal lagi (ketika mrk dikenali oleh orang lain sbg group alami/irc) menimbulkan kacau bilau di dalam kumpulan lain. Awal 80an kacau bilau dalam ABIM, thn 1984 kena reject. Lepas tu buat kacau bilau dalam PAS (fasa pertama), kena sekat tahun 1988, lepas tu 1990 mula masuk UMNO dan meneruskan saki baki agenda dalam PAS (kertas kerja grand design dah tersebar umum). Kemuncak agenda dalam UMNO bila Anwar Ibrahim kena tendang dari UMNO 1998. Kemudian terlibat dengan NGO GERAK. Selepas tertubuhnya PKN (nama lama PKR) buat kacau bilau dalam pemilihan kongres tahun 2002 bersaing dengan team ABIM dalam PKN. Selepas itu meneruskan agenda dalam PAS dan PKR atas strategi memperkukuhkan PR. Selepas muktamar PAS tahun lepas, mereka menyatakan sokongan kepada GHB dan kini PAN.

Ada yang mengatakan tiada beza tindakan mereka dengan ISMA yang bertanding atas tiket Parti BERJASA dengan agenda Arus Baru. Saya pun tak bersetuju dengan ISMA ketika itu. Tapi sekurang2nya ISMA tidak bertanding di kerusi PAS bertanding. Tapi IKRAM berkulit PAN ini bertanding di tempat PAS bertanding. Saya sebelum ini selalu mempertahankan mereka sebagai kumpulan Islam yang hanya berbeza pendapat dengan PAS. Sekarang saya tidak lagi waswas untuk mengatakan bahawa mereka adalah Kumpulan atau Jamaah DHIRAR. Mereka yang memilih untuk bertembung. Kita bertembung dengan BN dan DAP. Mereka memilih untuk bertembung dengan kita. Jelas terang lagi bersuluh.

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"