Google Search :

google search:
Google

Monday, June 27, 2016

Mukhriz Diingat Agar Lebih Profesional

*KENYATAAN MEDIA*
*BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH*
*27 Jun 2016 | 22 Ramadan 1437*

1. Sangkaan Adun Ayer Hitam, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang mengesyaki wujud perjanjian antara Umno-PAS untuk membahagi negeri pemerintahan adalah tuduhan sangat dangkal dan ternyata berunsur fitnah.

2. Selaku ahli politik, dakwaan itu hanyalah cubaan mencipta persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak selayaknya dari seorang yang pernah menjawat kedudukan Menteri Besar.

3. Hakikatnya mereka yang menjatuhkan Dato' dari kerusi Menteri Besar adalah kumpulan Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah kerana mendakwa kelemahan pemerintahan Dato' akan memberi peluang PAS mengambil kembali Kedah. Tidak mungkin mereka yang membunuh politik Dato' atas sebab itu tiba-tiba hendak melepaskan Kedah kepada PAS?

4. PAS Negeri Kedah sama sekali tidak pernah menghulur salam mahupun menyambut sebarang usaha atau mengadakan perjanjian sebagaimana dimaksudkan hingga seolah-olah pemerintahan boleh dipotong bahagi seperti kuih bengkang.

5. Ketika ini, PAS mengemukakan pendekatan politik matang dan sejahtera (BPMS) dgn mengamalkan politik berteraskan demokrasi mandat daripada rakyat.

6. PAS tidak menjadikan jalan singkat, pemerdayaan dan tipu muslihat untuk merampas kedudukan. PAS juga tidak dayus untuk membiarkan Umno terus bermaharajalela dengan maksiat dan kemungkaran pemerintahan.

7. Sebaliknya PAS mahukan mandat yang kuat daripada rakyat menerusi demokrasi adil mengikut penggal dan tatacaranya di mana PAS komited menentang Umno/BN dengan menyediakan kekuatan di seluruh negara. Iaitulah menandingi kerusi pilihan raya di mana sahaja Umno bertanding hingga dapat menurunkan Umno/BN dari tampuk pemerintahan negeri serta Putrajaya.

8. PAS berpendirian bahawa Umno adalah liabiliti yang membebankan untuk dipikul serta wajib ditolak. Dosa Umno terlalu berat untuk ditanggung dan Malaysia mesti segera diselamatkan.

9. Sehubungan itu Dato' dinasihat agar lebih profesional dan menjadi diri Dato' yang sebenar-benar serta menumpukan tanggung jawab selaku Adun. Dato' tidak perlu lagi menjadi boneka atau Nujum Pak Belalang.

*USTAZ DR AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI*
Pesuruhjaya
PAS Negeri Kedah

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"