Google Search :

google search:
Google

Wednesday, June 22, 2016

PEDULI APA DAP, PAS ISTIQOMAH KE HADAPAN

Macam saya pernah tulis, tak ramai yang faham tentang konsep fi sabilillah dalam perjuangan Islam yang didokong oleh PAS yang amat berkait soal dosa pahala, iman, akidah, prinsip dan dasar. 

Kerana itu orang pelik mengapa orang PAS tidak pernah rasa kalah walau kalah pilihanraya. Sentiasa merasa gembira. Walau wang dan tenaga sudah banyak dikorban, mereka tahu ada kemenangan besar dihari pembalasan.

Orang merasa pelik mengapa orang PAS tak merasa rugi. Sanggup kalah pilihanraya jika terpaksa daripada kena gadaikan harga diri dan prinsip dan dasar perjuangan Islam yang benar hanya kerana nak dapat sokongan mereka yang menentang perjuangan Islam. Sanggup menunggu walau memakan masa. Sabar dan Istiqomah pada jalan yang benar.

Bukan gopoh serta gelojoh. Berubah hati cenderung jalan yang salah konon nak menang cepat.

Orang PAS sentiasa merasa untung.

Saya petik terjemahan Surah Al Asr yg Imam Solat Sunat Terawikh di bulan Ramadhan ini ramai bacakan. Malah ramai yang bacakan setiap kali menutup majlis.

"Demi Masa
Sesungguhnya Manusia Itu Berada Dalam Kerugian
KECUALI orang yang benar Beriman dan beramal Soleh
Dan (mereka) berpesan pesan dengan Kebenaran
Dan berpesan pesan dengan sabar"

Apabila Lim Kit Siang kononnya mahu mengugut bahawa PAS akan rugi jika tidak mahu ikut PH, dia bukan Islam, jauh lagi beriman.

Dia peduli apa jika perlu sokong fitnah 91 muka surat oleh Saifuddin Nasution kepada Tan Sri Khalid, atau memfitnah pelbagai tuduhan yang jahat kepada PAS khususnya DS TGHH kononnya mahu bergabung dengan UMNO.

Benar atau salah tak penting. Yang penting orang percaya. Kena bagi kuat persepsi tu. Semua media, semua ceramah, semua artikel, kena bagi orang percaya. PAS jahat. PAS khianat.

Itu politik persepsi. Bukan politik fakta dan realiti yg ditegaskan oleh PAS melalui  Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

Benar atau salah tak penting. Yang penting political mileage.

Dan dalam banyak banyak parti politik, DAP kini dilihat yang paling gopoh, gelojoh, celupar.

Tiada sifat sabar. Surah Asr tadi ayat terakhir menyebut kriteria sabar. Itu antara ciri orang yang tidak rugi.

Dia bukan Islam. Jadi tak timbul Rukun Iman Percaya dan Yakin kepada Quran.

Orang Islam wajib yakin. Kalau tak berapa nak yakin, renunglah dalam dalam hati sendiri.

Fikiran kita dengan bisikan halus iblis akan cari jalan juga untuk 'rasional'kan percanggahan kepercayaan kita dengan tuntutan Tuhan.

Tidak apa. Simpan kamu punya kebijaksanaan dan hujah 'Rasional dan Profesional' kamu.

Akhirat nanti kamu tunjuklah betapa besar kamu punya 'Rasional dan Profesional' kepada Allah SWT.

Berbalik kepada Lim Kit Siang. Kita tahu seperti mana pemimpin DAP yang lain, mereka mula menjangkakan kerugian besar bila hilang 50% undi PAS dalam pembangkang.

Rugi kerana bakal kalah. Ukuran DAP lah. Pulau Pinang akan terlepas. Selangor. Bilangan kerusi berpeluang menang untuk DAP tiba tiba menyusut terlalu banyak.

Kerana itu DAP sangka sentimen yang sama, cemas berlaku dalam PAS. Kerana kalah itu rugi.

Peliknya, di seluruh negara, mood PAS umumnya tidak merasa kalah dan tidak merasa rugi.

Ahli PAS tahu pemimpin pemimpin PAS bukan calang calang orang yang tidak mengerti sepak terajang politik. Orang dah celik mata banyak keputusan dan langkah PAS lebih tepat dan betul berbanding apa yang dirangka oleh semua  'pakar strategi' pakatan tiga parti yang diperalat Tun Mahathir itu.

Yang 'mereng' hingga sanggup jadikan PAS tunduk di tangga paling bawah dalam hierarki piramid Pakatan rakyat semua sudah terkeluar dari PAS ditolak oleh ahli.

Adakah patut PAS yang menyumbang 48% hingga 53% undi Pakatan Rakyat dulu, tapi diperlakukan bagai parti paling kerdil.

Bodohnya mereka yang pernah jadi pemimpin PAS yg dulu.

InsyaAllah ada rancangannya yang mengutamakan kesejahteraan rakyat yang kini berdepan kesusahan oleh kegagalan dan kejahatan kepimpinan UMNO dalam mengurus negara.

Kita merancang. Mereka merancang.  Allah menetapkan rancanganNya. Perancangan Allah jua mengatasi semua.

Jika Allah sudah janjikan kemenangan, maka menanglah jadinya.

2016 berbanding 1957 yang lalu, adakah Islam semakin berundur?

Hudud yang 20 tahun dulu dianggap kuno, kini Khutbah Jumaat di Masjid Kerajaan UMNO pun memberi pencerahan kepada rakyat.

Hari ini perbankan Islam sudah mengatasi perbankan konvensional sebagai pilihan rakyat biasa.

Jururawat majoriti sudah menutup aurat. Pembaca berita TV pun sudah ada bertudung.

1970 an bertudung berjilbab ini dipandang terpengaruh kumpulan dakwah sesat. Hantu Kum Kum!

Hari ini sudah ada Jawatankuasa Bersama untuk kaji Hudud melibatkan pelbagai agensi. Pakar Perubatan, Undang undang. Ramai terlibat.

Islam terus ke hadapan.

Itulah kemenangan yang boleh datang dalam pelbagai bentuk.

PRU 14. Kita lawan UMNO  lagi. Kalau yang lain nak masuk. Boleh aja..

Cuma saya nak pesan satu kepada PAS, PRU14 biar ada yang berkarisma menteri kewangan, menteri pertahanan, menteri pendidikan, menteri undang undang, menteri kesihatan, menteri luar, menteri perindustrian, menteri perdagangan antarabangsa.

Rakyat nak tengok wakil rakyat PAS yang mewarnai Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Tak cukup sikit sikit sekadar menteri yang jaga urusan agama yang nampak sesuai untuk PAS.

Kena ambil kiralah harapan rakyat. Kitapun tumpang semangat tengok calon yang selantang dan berwibawa seperti Dr Najihatul Solehah dan Dr Rani di dua PRK yang lalu. Atau seperti Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang terdiam satu Dewan bila mengupas hujahnya.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
21HB JUN 2016

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"