Google Search :

google search:
Google

Thursday, June 16, 2016

ANAK PERTAMA YANG INDAH YANG ISTIMEWA

Apabila kita hamil anak kedua dan seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita. Letih melayan macam2 karenah yg menyakitkan hati. Maka kita tengking2 dan marah, kita cubit dan pukul. Kemudian di malam hari kita mula sebak melihat wajah di kecil, mula menyesal dan taubat, lalu berharap dan berjanji kita tak buat lagi. Namun di lain hari, kita lupa dan mengulangi....

Ingatlah bahawa yang pertama itu yg paling istimewa. Dialah tempat kasih pertama tercurah, Dialah peneman tatkala sunyi dan lara. Dialah penghibur tiada pengganti. Dialah yg pertama menghuni rahim mulia ini.

Sudah2lah kita marahkan dia kerana kita yg tersilap mendidik...Kita yg salah...kita yg belum pandai.....
Ingatlah sentiasa, si kecil ini adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka... Dia permata hati , pengikat kasih syg, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus2, Allah kuatkan semangat dan sabar kita, Allah buatkan kita rajin usaha dan yakin dgn janji Allah...

Ajarlah dia tentang tauhid, membesarkan Allah. Ajarkan dia
Takut hanya kepada Allah
Mohon apa sahaja hanya kepada Allah
Syaitan musuh yang nyata. Jangan ikut syaitan
Buat baik Allah syg
Orang yang Allah syg, akan masuk syurga
Sayang adik, kasihan adik, maafkan adik...
Rajin belajar, Allah suka
Syukur walau dapat sedikit, orang yg syukur, Allah akan tambah lagi banyak

Pujuk dia dgn kasih syg, doakan dia dengan kasih syg, tegur dia dgn kasih syg, tegas bukan tengking, tegas bukan kasar, tegas bukan cubit sakit2, tampar wajahnya...Allah....kasihani dia....

Dia anak pertama, dahulu dia tiada, kita harap dia ada, lalu bila Allah beri dia kepada kita, mengapa kita tak jaga baik2, mengapa mudah geram dan marah?Adakah dia menyenangkan kita atau menyusahkan kita? Jika menyusahkan, bukankah lebih baik jika Allah ambil dia semula???Senang hati, tentu kita boleh tersenyum lebar kan....?

Wahai ibu & ayah,
Dia anak, dia penuh karenah, itulah ujian. Bukan menghukum, mendenda tak henti2, lalu memujuk ambil hati semula...Berdoalah dgn doa surah Al Furqan ayat 74.

Sayangi dia sepenuh hati. Sayangi dia kerana Allah. Sayangi dia bukan kerana dia baik dan dengar kata.... Tapi sayangi dia kerana dia permata pertama anugerah terindah dari Allah, melaluinya kita belajar mengenal kasih tuhan....Uruskan dia dgn sabar.TAUBAT dan teruslah TAUBAT kerana kita ibu & bapa mulia yg penuh kasih sayang, bukan kasar dan bengis....

KLIK & LIKE FAN PAGE Noor Laila Aniza Binti Zakaria & SHARE jika anda rasa bermanfaat
#Pakar Motivasi Korporat & Kekeluargaan
#Personaliti TV/Tanyalah Ustazah TV9/ Astro Oasis/TV 3/ IKIM fm
#Hubungi /whatsapp 0133973652 untuk jemputan prog training/teambuilding/staff development/bahagia di rumah, seronok di tempat kerja/ transformasi minda/ kekeluargaan/forum/hi-tea/duta dan lain2

No comments:

Post a Comment

Link

"KEYAKINAN ANDA MATLAMAT KAMI"